Empat kementerian termasuk Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman akan bekerjasama dalam usaha menurunkan masalah gejala sosial serta membincangkan elemen Pendidikan Seks dalam mata pelajaran di sekolah.
Ia terdiri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching hasil daripada mesyuarat pertama perbincangan dengan KPWKM mengenai Pendidikan Seks pihaknya mengenal pasti tiga aspek yang perlu dititik-beratkan iaitu murid, guru dan sekolah.
“Dari segi murid, kita akan mengkaji semula kurikulum sedia ada untuk pastikan ia dikemaskini dan cukup disamping menambah bahan tambahan yang boleh digunakan untuk pastikan mesej yang dihantar mengenai Pendidikan Seks ini dapat senang diterima oleh murid.
“Kedua kita akan pastikan kesemua 400 ribu warga pendidik sekolah menengah dan rendah mendapat informasi, latihan dan maklumat yang betul mengenai Pendidikan Seks agar mereka mendapat sokongan ketika menghadapi situasi ditanya oleh murid yang kadang-kala sukar untuk dijawab.
“Ketiga, kami akan bekerjasama dengan KPWKM, KDN, KKM dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk kenal pasti sekolah dalam kategori ‘kawasan panas’ untuk perbanyakkan aktiviti di sana bagi menangani gejala sosial,” katanya kepada Astro AWANI di Putrajaya, pada Jumaat.
7.3% pelajar berumur 13 hingga 17 tahun ada pengalaman Seks
Mengulas lanjut, Teo berkata perkataan ‘seks’ cukup rumit kerana ia dianggap pantang larangn (taboo) dalam masyarakat negara ini dan mempunyai pelbagai pandangan namun pihaknya tidak boleh mengenepikan fakta kajian oleh KKM bahawa 7.3% pelajar berumur 13 hingga 17 tahun telah mempunyai pengalaman seks.
“Ini adalah realiti yang kita tidak dapat nafikan, KPM ada tanggungjawab untuk pastikan pelajar terima infomasi betul kerana sekarang ini terdapat banyak informasi salah diterima mereka melalui pelbagai saluran media sosial ketika ini.
“Kita bukan nak menggalakkan seks, tapi kita nak pastikan mereka berilmu untuk melindungi mereka dan kesihatan, sekarang kita hadapi banyak masalah seperti penderaan seksual kanak-kanak dan sebagainya kerana jika mereka sedar di usia lebih tua nanti, ia sudah terlambat,” jelasnya.
Pendidikan Seks Bukan Tanggunjawab KPM dan Guru Sahaja
Sementara itu, Timbalan Menteri KPWKM Hannah Yeoh berkata, mesyuarat kedua perbincangan mengenai Pendidikan Seks akan melibatkan KKM, KDN dan juga unit D11 dari Bukit Aman bagi mengetahui trend jenayah seksual yang berlaku.
“Kita juga akan memperkasakan peranan kaunselor di sekolah, kerana kemungkinan ada ramai pelajar yang tidak berani untuk tanya soalan kepada cikgu yang mengajar tetapi lebih suka kepada privasi dengan kaunselor kerana lebih selesa.
“Pendidikan seks juga merupakan tanggunjawab ibu bapa, kadang-kala kita tidak tahu menggunakan perkataan apa, berapa umur sesuai untuk kenalkan mengenai pendidikan seks kepada anak-anak jadi ibu bapa juga perlukan bimbingan, kita akan bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk luaskan perkara ini kepada ibu bapa.
Terdahulu, Hannah baru-baru ini turut menyatakan berdasarkan rekod dan statistik, sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan cergas dalam hubungan seks bebas.
Afiezy Azaman
Mon Jan 21 2019
![[EKSKLUSIF] Pendidikan Seks: 4 kementerian termasuk D11 Bukit Aman gembleng tenaga [EKSKLUSIF] Pendidikan Seks: 4 kementerian termasuk D11 Bukit Aman gembleng tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535414693_TeoNieChing.jpg)
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching hasil daripada mesyuarat pertama perbincangan dengan KPWKM mengenai Pendidikan Seks pihaknya mengenal pasti tiga aspek yang perlu dititik-beratkan iaitu murid, guru dan sekolah. - Gambar fail/BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.
![[EKSKLUSIF] Pendidikan Seks: 4 kementerian termasuk D11 Bukit Aman gembleng tenaga [EKSKLUSIF] Pendidikan Seks: 4 kementerian termasuk D11 Bukit Aman gembleng tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535414693_TeoNieChing.jpg)
[EKSKLUSIF] Pendidikan Seks: 4 kementerian termasuk D11 Bukit Aman gembleng tenaga
7.3% Pelajar 13 hingga 17 ada Pengalaman Seks