ALOR GAJAH: Aktiviti ekopelancongan, iaitu pelancongan yang berasas alam semula jadi akan menjadi teras kelima pelancongan Melaka selepas keluarga, warisan, kulinari dan membeli-belah, kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Muhammad Jailani berkata ia berikutan banyak khazanah alam semulajadi yang belum diteroka di Melaka, sekali gus memberi peluang kepada pencinta alam untuk menikmati keindahan alam.
Beliau berkata aktiviti ekopelancongan berkenaan akan berkonsepkan 'glamping' (perkhemahan glamor) menggunakan kuasa solar yang semakin popular ketika ini.
"Ia tidak akan melibatkan kerosakan kepada ekosistem dan ekologi sesuatu tempat sekali gus dapat memastikan pencinta alam dapat menginap di sesuatu lokasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Memerhati Burung Pemangsa (Raptor Watch) 2022 di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan di sini hari ini.
Muhammad Jailani berkata setakat ini, dua lokasi telah dikenal pasti untuk melaksanakan aktiviti ekopelancongan berkonsepkan 'glamping' iaitu di Pulau Besar dan Pulau Nangka dan sedang meneliti lokasi yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti sama di Tanjung Tuan di sini.
Mengulas mengenai program memerhati burung pemangsa, Muhammad Jailani berkata sebanyak 8,000 ekor burung pemangsa daripada jenis Oriental Honey-Buzzard, Gray-Faced Buzzard dan Japanese Sparrowhawk dikesan bermigrasi merentasi Selat Melaka, sejak lima hari lepas.
Katanya terdapat antara 300 hingga 400 pengunjung mengunjungi hutan rekreasi tersebut bagi menyaksikan fenomena tahunan itu.
Raptor ialah burung jenis maging yang mempunyai ciri pemburu dan pemangsa seperti sayap ringan, mata tajam, paruh bercangkuk, kuku besar dan tajam.
Pada musim sejuk di hemisfera utara, ketika sumber makanan dalam kawasan pembiakan menurun, ia akan berhijrah ke selatan yang panas kerana makanan lebih mudah didapati.
Antara burung pemangsa yang sering berhijrah ke Selat Melaka pada setiap Mac adalah Helang Lebah (Oriental Honey Buzzard), Helang Baza Berjambul (Black Baza), Helang Sewah (Japanese Sparowhawk), Alap-Alap Cina (Chinese Goshawk), Helang Merah (Brahminy Kite) dan Lang Baza Hitam (Grey-faced buzzard).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
Penginapan glamping menawarkan peluang untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi. - Gambar hiasan/Unsplash
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Paya Indah Wetlands diberi nafas baharu, mantapkan ekopelancongan di Selangor
Perjanjian berkenaan akan berkuat kuasa hingga 31 Julai 2037 dengan DWSB mengambil alih aspek operasi dan pengurusan PIW.
Desaru bakal jadi syurga ekopelancongan baharu, tawar pengalaman pelancongan unik
Desaru bakal menjadi pusat tarikan utama bagi pelancongan berasaskan alam semula jadi dengan perasmian pembangunan Arubay Eco Resort yang akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2027.
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
Tiga jajahan di Kelantan berpotensi jadi tarikan ekopelancongan
Kebanyakan lokasi yang terlibat adalah di kawasan pedalaman kerana mempunyai sumber alam semula jadi yang indah.
Dahulu 'busuk dan kotor', kini Sijangkang jadi lokasi ekopelancongan
Komuniti Kg Sijangkang ini secara asasnya ditubuhkan atas inisiatif sekumpulan 15 orang penduduk kampung.
Ekopelancongan: Usaha Tok Batin Kampung Beswok buahkan hasil
Permintaan untuk menyewa chalet yang diusahakan bersama penduduk kampung yang terletak sekitar 65 kilometer dari pekan Sungai Siput ini kian hari kian meningkat.
Perlis berpotensi jadi tarikan utama ekopelancongan - Pemangku Raja Perlis
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis berpotensi menjadi antara tarikan ekopelancongan utama pada masa hadapan.
Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia 2023 teroka produk pelancongan Perak
Pengamal media dibawa menyertai Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 untuk meneroka produk-produk ekopelancongan di sekitar Taiping, Kuala Kangsar dan Kerian.
Jejantas Rimba FRIM: Produk ekopelancongan, promosi khazanah negara - Nik Nazmi
FRIM telah menerima sebanyak 1.145 juta pengunjung bagi tempoh 2018 hingga Mac 2023, yang meliputi pengunjung awam, lawatan secara rasmi dan pas riadah.