Mesyuarat agung luar biasa (EGM) memutuskan untuk menolak usul resolusi untuk menegur Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana enggan menerima keputusan parti secara kolektif dan mencemarkan imej parti sehingga menimbulkan konflik dalaman.
Speaker, Datuk Yik Phooi Hoong mengumumkan sebanyak 54% atau sejumlah 1190 perwakilan telah mengundi membantah resolusi berkenaan dengan majoriti 225 undi.
Hanya 965 (44%) mengundi setuju meluluskan resolusi berkenaan manakala 34 undi rosak.
Mesyuarat turut mengundi setuju membantah resolusi membenarkan anggota parti menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.
Seramai 1090 undi bantah resolusi berkenaan iaitu beza 10 undi berbanding mereka yang setuju resolusi diluluskan seramai 1080 undi.
Bagaimanapun rata-rata perwakilan bersetuju membenarkan anggota parti menjawat jawatan dalam exco negeri dan syarikat berkaitan kerajaan sepertimana terkandung dalam 4 resolusi mesyuarat.
Sejumlah 2,199 atau 92.2 peratus daripada 2,385 perwakilan pusat MCA menghadiri EGM parti di Dewan San Choon di wisma MCA.
Mesyuarat berlangsung pada 10.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 3 petang.
Jawatankuasa pusat terdahulu telah memutuskan mengadakan prosiding berkenaan bagaimanapun perbahasan tidak dibenarkan.
Resolusi itu, antara lain, dilakukan kerana Liow enggan menerima keputusan parti secara kolektif dan tindakan beliau menimbulkan perbalahan di kalangan ahli dan mencemarkan imej parti.
Sementara itu, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan tindakan perwakilan menolak resolusi bagi mengecamnya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) menunjukkan kematangan ahli MCA.
Langkah itu sekaligus meningkatkan lagi peluangnya untuk bertanding untuk jawatan presiden parti Disember depan.
Dalam pada itu, Tiong Lai berazam untuk meneruskan khidmat dalam parti serta menyeru agar semua pihak bersatu padu meningkatkan perpaduan parti.
"Tiba masa rapat barisan tidak kira apa puak atau golongan setiap ahli parti MCA perlu bekerjasama, MCA jangan ada diskriminasi tiba masanya kita teguhkan parti, kuatkan parti, pentingkan perpaduan parti demi masa depan parti MCA." kata Ahli Parlimen Bentong itu.
Mengulas mengenai bantahan resolusi kedua membenarkan anggota parti menjawat jawatan kabinet jelas Tiong Lai ia mewakili suara akar umbi.
"Ramai berpendapat bahawa kita tidak mahu gesa-gesa jawat jawatan menteri tapi kita tunggu biar pemilihan MCA diteruskan biar pemimpin MCA baru tetapkan sama ada ahli parti masuk kabinet atau tidak." kata Timbalan Presiden itu.
Beliau ditemui selepas EGM diadakan untuk mencela timbalan presiden itu kerana keengganannya menerima keputusan kolektif parti sehingga mengakibatkan konflik dalaman parti.
Tiong Lai yang didakwa tidak menghormati keputusan Jawatankuasa Pusat menggantung Anggota Dewan Undangan Negeri Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Keong kerana menerima pelantikan sebagai anggota exco oleh Sultan Johor.
Terdahulu ketika ditemui Astro Awani, beliau menyatakan kekesalan terhadap resolusi berkenaan yang disifatkan sebagai langkah mencemar keperibadiannya.
Namun ia tidak akan menghalangnya untuk bertanding dalam pemilihan presiden parti itu.
Tan Su Lin
Sun Oct 20 2013
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
EGM MCA tolak usul kecam Liow Tiong Lai
Mesyuarat agung luar biasa (EGM) memutuskan untuk menolak usul resolusi untuk menegur Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana enggan menerima keputusan parti secara kolektif.
EGM MCA tidak perlu diadakan
Penganalisis Politik UKM Prof Datuk Dr Teoh Kok Seong berpendapat biar pucuk kepimpinan MCA yang baru untuk memutuskan tentang EGM MCA.