KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan memastikan pampasan setimpal diberikan kepada pemilik tanah yang terlibat dalam pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.
Beliau berkata kerajaan negeri juga memberi perhatian serius dalam memastikan bayaran sagu hati atau ex-gratia diberikan kepada penduduk kampung dan Orang Asli yang terjejas pendapatan kerana kawasan pertanian atau penternakan ikan sangkar terlibat dalam projek itu.
Pelaksanaan ECRL menurut Mohammad Fakhruddin, melibatkan beberapa fasa dengan Fasa Satu merupakan pengambilan tanah sepanjang jajaran sahaja, Fasa 2A melibatkan pengambilan tanah tambahan sepanjang jajaran jika terdapat perubahan reka bentuk dan Fasa 2B ialah pengambilan tanah bagi pembinaan stesen dan jalan masuk ke stesen.
"Dalam Fasa 2B terdapat 204 lot tanah milik persendirian akan terlibat dalam proses pengambilan melibatkan kawasan di Kuantan, Maran dan Temerloh selain 73 lot tanah milik kerajaan. Lawatan tapak akan dimulakan pada 15 hingga 18 Mei ini untuk mengesahkan penandaan lot," katanya.
Mohammad Fakhruddin berkata demikian semasa menggulung usul menjunjung kasih titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Wisma Sri Pahang di sini semalam.
Pengambilan tanah juga, tegas beliau perlu mematuhi prosedur yang digariskan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) (JKPTG) pada setiap peringkat iaitu pra, semasa dan pascapengambilan.
Mengulas mengenai penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Pahang, Mohammad Fakhruddin memaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri menerima Peruntukan Senggaraan Jalan Persekutuan Tahun 2023 berjumlah RM94.5 juta setakat 15 April lepas, daripada kerajaan Persekutuan.
"Peruntukan Fasa 1 ini banyak membantu menyelesaikan masalah jalan yang didapati rosak paling kritikal dan memberikan ketidakselesaan kepada pengguna, yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda, kemalangan dan kehilangan nyawa. Sebanyak 55 kerja sedang dan akan dilaksanakan," katanya.
Bagi kerja penyelenggaraan Jalan Negeri dan Jalan Kampung, JKR Pahang menerima peruntukan RM90 juta setakat 15 April lepas.
Menyentuh sektor kesihatan, Mohammad Fakhruddin berkata terdapat 17 projek pembangunan fizikal sedang dilaksanakan antaranya pembinaan Klinik Kesihatan (KK) Sungai Soi di Kuantan dan KK Bukit Ibam, Rompin; tambahan blok Hospital Jerantut dan ubah suai dewan bedah Hospital Jengka, Maran.
Persidangan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023

Pengambilan tanah yang terlibat dalam pelaksanaan ECRL perlu mematuhi prosedur yang digariskan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) pada setiap peringkat iaitu pra, semasa dan pascapengambilan.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Nizar Najib nafi cuba jatuhkan Kerajaan Pahang
Datuk Mohamad Nizar Najib hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Kerajaan Pahang menerusi perjumpaan dengan pemimpin pembangkang.

Tengku Hassanal ingatkan Kerajaan Pahang pastikan pelaburan bermanfaat, tidak belakang alam sekitar
Kerajaan negeri Pahang diingatkan untuk memastikan pembangunan dan pelaburan dipantau sepenuhnya supaya bermanfaat kepada rakyat tanpa membelakangkan alam sekitar, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Ha

Pahang benar acara akad nikah secara bersyarat
Kerajaan negeri Pahang memutuskan untuk membenarkan permohonan mengadakan acara akad nikah namun secara bersyarat, yang sebelum ini ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.