KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang diingatkan untuk memastikan pembangunan dan pelaburan dipantau sepenuhnya supaya bermanfaat kepada rakyat tanpa membelakangkan alam sekitar, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda yang menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian kerajaan negeri memuktamadkan tujuh projek pelaburan antarabangsa antaranya dari Singapura, China dan Korea Selatan berjumlah RM11 bilion pada tahun lepas, menambah tidak mahu pelaburan itu sekadar 'gah pada angka'.
"Biar rakyat turut menerima limpahan pekerjaan yang bakal tercipta dan paling penting, semua pelaburan tidak mencemarkan alam sekitar di negeri saya. Projek yang dilaksanakan mesti seimbang antara pembangunan dan menyokong ke arah pelepasan karbon sifar bersih atau net zero emissions.
"Ingat dalam usaha kita mengejar kemajuan negara dan negeri, kita tidak boleh sama sekali membelakangkan alam sekitar," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Istiadat pembukaan kali ini merupakan kali terakhir disempurnakan oleh Tengku Hassanal memandangkan ayahanda baginda Al-Sultan Abdullah yang kini bersemayam di Istana Negara akan kembali ke Pahang pada tahun hadapan.
Keperluan menjaga alam sekitar itu, menurut Tengku Hassanal penting kerana Pahang merupakan negeri kaya dengan sumber asli dan khazanah alam paling bernilai, yang tidak akan bertahan lama tanpa pengurusan dan perancangan tersusun.
Walaupun sumber asli Pahang dijangka mampu bertahan selama 150 tahun, namun Tengku Hassanal mahu sumber asli itu dapat bertahan lebih daripada 300 tahun atau lebih lama lagi.
"Kita tiada pilihan. Kita perlu merangka strategi untuk beralih daripada sumber ekonomi tradisional seperti hasil tanah mineral dan balak sekarang kepada sumber ekonomi alternatif lain.
"Jika kita bersatu dan fokus, Pahang bukan sahaja akan terus berdikari dan (boleh) menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara malah turut menjadi penyumbang utama kepada net zero emissions negara," titah baginda.
Tengku Hassanal juga mengingatkan supaya penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah, kecurian hasil mineral dan penerokaan hutan haram diperhebatkan, dengan agensi terlibat lebih tegas, berani serta profesional tanpa mengira latar belakang pesalah.
Pada titah itu, baginda juga menzahirkan penghargaan kepada pentadbiran Pahang kerana mewartakan Hutan Simpan Gunung Aais dan Hutan Simpan Gunung Aais Tambahan di Jerantut sebagai Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah, dalam usaha melindungi spesis haiwan terancam itu.
Pada perkembangan lain, Tengku Hassanal juga mahu melihat kadar jenayah di Pahang berkurangan setiap tahun selain program pemerkasaan terus dilaksanakan kepada golongan wanita, Orang Kurang Upaya (OKU) dan masyarakat Orang Asli.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023

Tengku Hassanal menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian kerajaan negeri memuktamadkan tujuh projek pelaburan antarabangsa antaranya dari Singapura, China dan Korea Selatan berjumlah RM11 bilion pada tahun lepas. - Gambar/ Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal
Hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.

Insiden kerabat Pahang didakwa pukul lelaki: 'Jika ada bukti, bawa ke mahkamah' - Tengku Hassanal
Tegas Tengku Hassanal lagi, baginda sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang.

"Tak ada kahwin... jangan kacau saya" - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal menafikan khabar angin baginda akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Tengku Hassanal bakal santuni rakyat menerusi Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang
Tengku Hassanal berkenan menyertai ekspedisi bermula dari Pekan Riverfront hingga Tanjung Gahai itu, melibatkan jarak kira-kira 400km.

Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.

Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.

Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.

Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.

Tiada siapa kebal daripada tindakan undang-undang - Tengku Hassanal
Agensi penguatkuasaan di Pahang perlu bersikap tegas dan tidak terlibat dalam amalan rasuah semasa melaksanakan tugas, titah Tengku Hassanal.