JOHOR BAHRU: Pasaraya Econsave Cash and Carry (Econsave) telah menyumbang 30 tan tepung ke Gaza bagi menampung keperluan penduduk.
Pengurus Besarnya Mas Imran Adam berkata sumbangan bernilai RM90,000 termasuk kos pengangkutan itu kini berada di Rafah sebelum dibawa masuk ke kawasan yang masih berdepan serangan Israel.
Beliau berkata pihaknya berharap proses kemasukan bantuan tepung berkenaan akan dapat diselesaikan segera, selewat-lewatnya pada hujung minggu ini.
"Bantuan itu dianggarkan memanfaatkan kira-kira 18,000 penduduk di Gaza yang kini berdepan dengan kekurangan bekalan makanan.
"Kita (Econsave) memilih tepung kerana ia merupakan makanan ruji penduduk di Gaza, selain dapat bertahan lama dan bahan makanan berkenaan agak mudah untuk disediakan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mas Imran berkata pihaknya terus komited menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza dan ia merupakan satu daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Econsave.
Beliau berkata selain membantu golongan memerlukan sama ada di dalam dan luar negara, pihak Econsave turut merancang mengadakan beberapa lagi aktiviti CSR pada masa akan datang.
"Selain bantuan di Gaza, pihak kami juga telah melaksanakan beberapa bantuan untuk masyarakat antarabangsa termasuk Indonesia, Syria dan lain-lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Pasaraya Econsave Cash and Carry (Econsave) telah menyumbang 30 tan tepung ke Gaza bagi menampung keperluan penduduk. - Foto Bernama
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Econsave sumbang 30 tan tepung ke Gaza
Pasaraya Econsave Cash and Carry (Econsave) telah menyumbang 30 tan tepung ke Gaza bagi menampung keperluan penduduk.
Econsave nafi pesakit COVID-19 hadir ke premis Taman Scientex
Orang ramai diminta supaya tidak mudah mempercayai dengan mesej palsu itu yang telah menyebabkan kekecohan dan meresahkan penduduk setempat.
Semak Fakta: Econsave Rinching, Semenyih nafi pekerja positif COVID-19
Tiada pekerja Econsave Rinching, Semenyih positif COVID-19.
Pasar raya buat laporan polis berhubung fitnah tidak jual produk Bumiputera, Muslim
Pihaknya turut memberi tempoh 48 jam kepada kedua-dua akaun Facebook itu untuk menarik balik dakwaan itu serta memohon maaf atas maklumat palsu yang ditularkan di media sosial.
Usaha elak jangkitan HFMD, Econsave cuci troli di semua cawangan
Sebagai langkah mencegah penyakit HFMD daripada terus menular, pasar raya Econsave mengambil keputusan membasuh kesemua troli mereka di seluruh negara.
Polis terima tiga laporan berita palsu berkaitan bantuan TMJ
Penyebaran berita palsu berkaitan bantuan Tunku Mahkota Johor hanya berlaku di satu tempat dan bukan mudah untuk dikesan.
TMJ belanja orang Pontian hanya berita palsu
lebih 1,000 pengunjung menanti penuh harap di pasar raya berkenaan agar TMJ datang untuk membayar barangan yang mereka beli sebagaimana yang berlaku semalam di Aeon Mall Tebrau City semalam.