Biar pun berita tular mengenai kehadiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke Pasaraya Econsave Pontian telah disahkan palsu, namun orang ramai masih tidak berganjak menunggu di pasar raya berkenaan sejak jam 10 pagi tadi.
Dianggarkan, lebih 1,000 pengunjung menanti penuh harap di pasar raya berkenaan agar TMJ datang untuk membayar barangan yang mereka beli sebagaimana yang berlaku semalam di Aeon Mall Tebrau City di Johor Bahru, semalam apabila TMJ membayar segala perbelanjaan pelanggan yang berkunjung ke sana.
Tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai telah memenuhkan troli dengan pelbagai barangan namun ia dibiarkan begitu sahaja sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di dalam pasar raya.
Tidak cukup di dalam, di luar pula anggota polis ditempatkan bagi mengawal lalu lintas berikutan pertambahan kenderaan yang mendadak ke pasar raya itu sejak tengah hari tadi.
BACA: TMJ belanja rakyat Johor beli-belah, tanda kasih sayang
BACA: TMJ belanja: Selepas 'diserang', Aeon tutup sementara
Pengurus Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam berkata, dianggarkan lebih 300 troli yang penuh dengan pelbagai barangan dibiarkan begitu sahaja di dalam pasar raya berkenaan.
Katanya, pihaknya telah menghubungi polis bagi mendapatkan kesahihan mengenai berita yang tular mengenai kehadiran TMJ pada jam 12.00 tengah hari.
Keadaan Econsave di Pontian yang sesak akibat kehadiran orang ramai secara mengejut.
Bagaimanapun, menurutnya berita berkenaan adalah palsu.
“Memang menyusahkan ada banyak barang kami yang rosak dan kerja-kerja mengemas perlu dilakukan lepas ini.
“Lebib teruk lagi, masih ada yang percaya TMJ akan datang walaupun pengumuman berita tular itu palsu telah dibuat berulang kali,”katanya.
Terdahulu, satu pesanan suara seorang lelaki yang tidak dikenali identitinya tular mendakwa kononnya Tunku Ismail hadir ke setiap daerah di negeri ini untuk belanja rakyat.
Lelaki tersebut mendakwa, TMJ membawa bersama kira-kira RM100,000 ke Econsave Pontian pada jam 12 tengah hari.
Dakwanya lagi, Tunku Ismail memperuntukkan RM200 kepada setiap keluarga yang hadir.
Sinar Harian
Thu Apr 12 2018
Dianggarkan lebih 300 troli yang penuh dengan pelbagai barangan dibiarkan begitu sahaja di dalam pasar raya berkenaan.- Foto Sinar Harian
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AEON tawar 4,800 NFT percuma
AEON CO (M) Bhd (AEON) sekali lagi menampilkan penyertaan pada arena 'Non-Fungible Tokens' (NFT) sempena sambutan kemerdekaan dengan menawarkan 4,800 NFT yang boleh ditebus sehingga 16 Oktober depan.
Shafie letak jawatan sebagai MD/CEO AEON berkuat kuasa 30 Jun
AEON Co (M) Bhd (AEON) telah melantik Ono Keiji sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan Shafie Shamsuddin yang meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2022 selepas ber
AEON optimis prestasi lebih baik pada suku ke-4
Perubahan dalam tingkah laku pelanggan, serta gangguan dalam banyak industri telah mewujudkan peluang pertumbuhan yang besar bagi kumpulan.
Industri penghantaran makanan dijangka meningkat sehingga RM1.59 trilion pada 2024
Industri penghantaran makanan di bawah ekonomi gig tersebut seharusnya bertunjangkan kepada konsep pendigitalan.