Rokok elektrik, atau e-rokok, selama ini dikatakan mampu membantu mengurangkan ketagihan rokok, tetapi pandangan itu baru-baru ini disanggah Kementerian Kesihatan.

Ini kerana cecair nikotin yang digunakan dalam rokok elektrik boleh mengakibatkan ketagihan lebih kritikal.

Dalam laporan kedua isu ini, Astro Awani mengupas kandungan dan kesan penggunaan rokok elektrik.

Pengarah Institut Perubatan Respiratori Datuk Dr Abdul Razak Muttalif berkata selain nikotin, e-rokok mempunyai bahan-bahan kimia yang lain, yang antaranya tidak diketahui lagi, yang mungkin berbahaya.

Bagaimanapun, dari perspektif psikologi, kaedah alternatif ini mungkin berupaya membantu perokok mengurangkan ketagihan.

Selain itu, pensyarah perubatan psikologi Universiti Malaya Dr Muhsin Ahmad Zahari menekankan, penggunaan rokok elektrik secara keseluruhannya perlu dikaji dengan mendalam.

Ikuti laporan disediakan Astro Awani.