Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, yang cedera dalam nahas helikopter di kawasan Lembah Naltar, Pakistan awal pagi Jumaat, sempat memuat naik sekeping gambar ke akaun Facebook beliau, dipercayai sebelum tragedi itu berlaku.
Gambar itu, yang dimuat naik di akaun Facebook menggunakan nama Hasrul Sani Mujtabar, menunjukkan Dr Hasrul Sani dan isterinya Datin Habibah Mahmud dan anggota delegasi lain berada di dalam sebuah helikopter.
Gambar itu dimuat naik berserta kapsyen "All set to fly off to Gilgit. Only for the brave hearts...hehehe" (Semua bersedia untuk berlepas ke Gilgit. Hanya untuk mereka yang berani... hehehe)
Dalam nahas itu, Habibah dan lima orang lagi iaitu Duta-duta Besar Norway, Belanda dan Filipina serta isteri Duta Besar Indonesia terbunuh apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Lembah Naltar.
Kementerian Luar Negeri mengesahkan Dr Hasrul Sani cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat di Hospital Gilgit.
"Helikopter itu membawa diplomat asing dan isteri masing-masing. Mereka dalam rangka program rasmi kerajaan Pakistan," kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam temu bual Dr Hasrul Sani dan Habibah bersama seorang wartawan Pakistan, Omar Khalid Butt, tahun lepas, pesuruhjaya tinggi itu berkata beliau jatuh cinta pandang pertama dengan Habibah ketika bertemu di sebuah pusat penyelidikan semasa melaksanakan tugasan universiti.
"Kami bertemu di sebuah pusat penyelidikan flora dan fauna ketika lawatan belajar semasa menuntut di universiti.
"Ketika itu, kami belajar tentang flora dan fauna Malaysia. Di situlah saya bertemu Habibah, ya, cinta pandang pertama. Walaupun kami dari dua negeri berbeza tetapi belajar di universiti sama," katanya.
Selain itu, Dr Hasrul Sani dan Habibah memberitahu Butt bahawa mereka mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Kedua-dua anak perempuan telah bekerja manakala anak lelaki bongsu mereka masih belajar di universiti di Malaysia.
Rakaman video berdurasi 45 minit dan 48 saat itu itu dimuat naik oleh Butt pada 27 Mei tahun lepas di akaun Twitter miliknya @meezoolibra1510.
Bernama
Sat May 09 2015
Dr Hasrul Sani Mujtabar, yang cedera dalam nahas helikopter di Pakistan pagi Jumaat, sempat memuat naik gambar ke akaun Facebook.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.
KPDN Perak rekod 13 kes tidak patuhi SHMMP sepanjang tahun ini
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan 13 kes pelanggaran di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tahun ini.
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Duta muat naik gambar di Facebook sebelum nahas helikopter
Dr Hasrul Sani Mujtabar, yang cedera dalam nahas helikopter di Pakistan pagi Jumaat, sempat memuat naik gambar ke akaun Facebook, dipercayai sebelum tragedi berlaku.
Isteri duta Malaysia ke Pakistan maut dalam nahas helikopter
Isteri duta Malaysia ke Pakistan adalah antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas ke atas sebuah sekolah.