LABUAN: Pada 3 Nov 2020, dunia Bong Siew Lan, 66, menjadi gelap setelah suaminya meninggal dunia akibat jangkitan virus COVID-19.
Suami wanita warga emas itu, Foo Kok Meng meninggal dunia di Hospital Labuan di sini, kira-kira dua bulan sebelum sempat menyambut hari lahir ke-66 tahun.
Pemilik kedai kopi itu bergantung kepada alat bantuan pernafasan (ventilator) ketika dirawat di dalam wad hospital berkenaan pada Oktober 2020, setelah disahkan positif COVID-19.
Ketika itu, Siew Lan, juga perlu menjalani tempoh kuarantin sebaik sahaja suaminya dimasukkan ke hospital. Siew Lan bagaimanapun didapati negatif daripada jangkitan COVID-19.
"Saya tidak menyangka bahawa salah seorang daripada kami harus hidup sendirian begitu awal," katanya kepada Bernama Jumaat lepas, semasa Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Labuan Rithuan Ismail berkunjung ke rumah untuk menyerahkan cek bernilai RM5,000 dari Tabung Bantuan Ihsan Kematian COVID-19.
Kok Meng merupakan antara 1,210 mangsa yang meninggal dunia akibat COVID-19, di Malaysia setakat semalam (14 Mac).
Sejarah jangkitan COVID-19 Kok Meng dikatakan bermula setelah beliau mengalami gejala batuk apabila pulang mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 Sept tahun lepas.
Apabila keadaan batuknya semakin teruk, adik Siew Lan, iaitu Ah Kam, 59, memaksa Kok Meng yang keberatan untuk mendapatkan rawatan itu masuk ke dalam kereta, lantas membawanya ke klinik swasta, sebelum menghantarnya ke hospital.
Pada 26 Okt, pihak hospital memberitahu Siew Lan bahawa suaminya, disahkan COVID-19.
Suaminya mengalami masalah pernafasan dan keadaan dirinya bertambah teruk dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin ventilator.
Hati siapa yang tidak sedih apabila suami yang sedang menderita sakit, tidak dapat disentuh atau berada di sampingnya.
Begitulah nasib yang dialami Siew Lan yang terpaksa akur kerana mematuhi prosedur operasi standard bagi mengekang penularan COVID-19. Lebih menyedihkan, kesemua empat anak pasangan itu bekerja di Singapura.
Kini, Siew Lan hidup sendirian di rumah. Kadangkala beliau merenung pada katil dan meja makan yang kosong. Setiap sudut di dalam rumah itu mengimbau kembali kenangan indah Siew Lan bersama-sama suaminya.
Memori itu membuatkanya terasa begitu pilu.
"Pada waktu malam, terasa amat sunyi. Saya tidak pernah tidur bersendirian sejak lebih 50 tahun lalu," katanya.
Hakikatnya, bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dapat mengurangkan beban penerima, namun ia tidak semestinya membawa kebahagiaan.
Siew Lan merupakan penerima kedua dana bantuan COVID-19 itu dan menurut Rithuan, penerima (warga Malaysia) seterusnya akan dilakukan secara berperingkat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021

Bong Siew Lan (kanan) selepas menerima cek RM5,000 di bawah Tabung Bantuan Ihsan Kematian COVID-19 di Kampung Durian Tunjong, Labuan, 13 Mac, 2021. --fotoBERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.