SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ng Suee Lim terkilan dengan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir lewat ke Persidangan DUN khususnya pada sesi pagi.
Ng berkata tindakan berkenaan seharusnya tidak berlaku dan menyebabkan banyak pertanyaan ketika sesi pertanyaan lisan tidak dapat dijawab ekoran kelewatan ADUN tiba ke persidangan berkenaan.
"Satu atau dua orang itu (lewat tiba ke DUN) mungkin perkara biasa tetapi kali ini ramai yang datang lewat. Pukul 10.30 ke 11 pagi baru ada yang sampai (DUN bermula 10 pagi). Banyak soalan (membincangkan hal rakyat) perlu lompat (tidak terjawab). Ini tidak seharusnya berlaku dan perlu dielakkan.
"Wartawan pun boleh datang awal, ADUN yang dipilih, menggalas tanggungjawab lebih besar untuk menyuarakan suara rakyat sepatutnya lebih menepati masa. Saya akan berikan nasihat kepada mereka dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita di Bangunan Annex, DUN Selangor hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] 'Tiada niat roboh empayar Syed Mokhtar, jangan politikkan' - PM
BACA SEMUA BERHUBUNG KERAJAAN PERPADUAN DI SINI
Dalam pada itu, Ng berkata persidangan yang berlangsung sembilan hari itu meluluskan lima Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2022 bagi membolehkan Enakmen Anti Lompat Parti dilaksanakan di negeri itu.
Beliau berkata RUU Enakmen Perbekalan 2023 atau Belanjawan 2023 berjumlah RM2.45 bilion juga telah diluluskan Jumaat lepas dengan sebulat suara setelah dibentangkan pada 25 Nov dan dibahas selama tiga hari bermula 28 Nov.
Turut diluluskan, RUU Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (Pindaan) 2022, RUU Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2022 dan RUU Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022.
Ng berkata turut diluluskan adalah Usul Dasar Modal Insan Selangor dan enam Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap DUN Selangor antaranya pembasmian kemiskinan, pemasangan lampu jalan solar dan akses pendidikan awal kanak-kanak.
Persidangan DUN Selangor ditangguhkan ke suatu tarikh yang dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022

Ng berkata tindakan berkenaan seharusnya tidak berlaku dan menyebabkan banyak pertanyaan ketika sesi pertanyaan lisan tidak dapat dijawab ekoran kelewatan ADUN tiba ke persidangan berkenaan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Surat Sultan Selangor kepada Abdul Hadi gamatkan sidang DUN
Usul menjunjung kasih kepada Sultan Selangor pada sidang DUN Selangor kecoh berhubung surat baginda kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sultan Selangor mahu sidang DUN berlangsung tertib
Sultan Selangor mahu suasana perdebatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan.

Kerajaan Selangor dicadang angkat semula projek terusan, atasi masalah banjir
Projek berkenaan adalah pembinaan satu terusan besar sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan dua tasik di Daerah Petaling dan Kuala Langat.

Isu pengangkutan awam kawasan luar bandar di Selangor perlu diselesaikan
ADUN BN Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad berkata, kerajaan Selangor hanya memfokus soal pengangkutan awam di bandar dan mengabaikan pengguna kawasan luar bandar.