KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diharap bersetuju dengan cadangan penubuhan akaun amanah kerajaan Sabah bagi memastikan peruntukan tahunan yang diberikan kepada negeri itu tidak luput sekiranya ia tidak dibelanjakan pada tahun semasa.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penubuhan akaun amanah itu adalah cara terbaik untuk memastikan kerajaan negeri tidak berasa rugi apabila peruntukan itu terpaksa dipulangkan semula kepada Kerajaan Pusat.
Tegasnya, kerajaan negeri akan memantau agar peruntukan dalam akaun amanah itu digunakan secara efisien mengikut tujuan pemberian peruntukan tersebut.
"Tetapi kita ambil pendekatan dan saya telah mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menubuhkan atau bersetuju supaya peruntukan tersebut disalurkan ke satu akaun amanah seperti yang berlaku di pemberiaan khas sejak tahun lalu disimpan... dimasukkan dalam satu akaun amanah yang kita boleh gunakan walaupun sudah luput tahunan itu.
"Kita berharap Kerajaan Pusat bersetuju dengan cadangan kita ini, kerana ini sahaja cara terbaik supaya kita tidak rugi peruntukan disalurkan begitu banyak (hingga) ada yang tidak dapat dilaksanakan... kerana sebab saya telah sebutkan tadi, seperti kontraktor yang dilantik tidak dapat melaksanakan (projek)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan-Moyog) yang ingin tahu adakah akaun amanah ini telah diluluskan Kabinet Negeri dan apa langkah untuk memastikan peruntukan tidak dikembalikan semula.
Selain itu, Hajiji yang juga ADUN Sulaman berkata, sebanyak RM1.252 bilion daripada RM5.709 bilion peruntukan pembangunan yang diberikan Kerajaan Persekutuan tidak dapat dibelanjakan disebabkan lima isu pelaksanaan.
"Pertama, isu kontraktor-kontraktor dilantik tidak mempunyai kapasiti kewangan mencukupi, tenaga kerja dan kelemahan pengurusan projek; isu utiliti dari segi kelewatan dokumentasi, karenah birokrasi, pemetaan utiliti dan ketiga melibatkan isu proses pengambilan balik tanah yang terganggu.
"Keempat ialah isu pengurusan seperti arahan berhenti kerja oleh pegawai penguasa selain harga bahan yang meningkat dan yang terakhir ialah isu agensi pelaksana," katanya.
Sehubungan itu, Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah yang proaktif dalam menangani perkara-perkara tersebut antaranya, dengan memastikan kebolehlaksanaan sesuatu projek yang dipohon untuk pelaksanaan adalah tinggi pada tahun semasa dan tahun-tahun berikutnya.
Tambah beliau, pihaknya juga akan memastikan semua permohonan projek kepada Kerajaan Persekutuan perlu mendapat perakuan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu, seperti yang telah termaktub dalam Garis Panduan Penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMK12) dan Permohonan Projek Pembangunan Tahun 2024-2025 Biayaan Persekutuan.
"Ini adalah untuk memastikan perancangan adalah mengikut keperluan negeri dan pelaksanaan projek disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan," katanya.
Mirlen Axtius
Tue May 23 2023
Hajiji berkata, penubuhan akaun amanah itu adalah cara terbaik untuk memastikan kerajaan negeri tidak berasa rugi apabila peruntukan itu terpaksa dipulangkan semula kepada Kerajaan Pusat. - Gambar/ Astro AWANI
Guna pendekatan diplomatic lindungi sempadan maritime Sabah
Kerajaan Sabah komited lindungi sempadan maritim di Laut China Selatan
Datuk Abidin Madingkir berkata kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan mengutamakan pendekatan diplomatik, berlandaskan undang-undang antarabangsa, seperti Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Datuk Abidin Madingkir berkata kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan mengutamakan pendekatan diplomatik, berlandaskan undang-undang antarabangsa, seperti Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Edward Linggu dipilih Senator Dewan Negara
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata, perlantikan Edward akan bermula pada 10 Disember 2024.
Lapan maut nahas dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam satu nahas jalan raya di Lebuh Raya Pan Borneo di Sarikei pada petang Khamis.
Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak & Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat di beberapa negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
Menang Saham 2.0: Misi DDNK terus promosi kepentingan ilmu pelaburan
Menang Saham 2.0 akan memperkenalkan pelabur dan pedagang kepada saham-saham gergasi dunia, membimbing rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak.
Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan
Semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan dibawa ke tempat selamat.
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, pada Khamis.
“Bukan sahaja memecat kita akan ambil tindakan undang-undang” - Menteri Sumber Manusia
Menteri Sumber Manusia berkata Pihak kementerian memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak akan kompromi tentang Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Pas persoal agenda sebalik tajaan lawatan PM
Tindakan kerajaan menerima tajaan terhadap kos lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada syarikat swasta membuka pintu persoalan mengenai konflik kepentingan.
DUN Sabah luluskan Belanjawan Negeri 2025
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan Sabah 2025) selepas sesi perbahasan dan penggulungan sejak Isnin lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Sabah bentang Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion
Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
GRS tanding semua 73 kerusi DUN Sabah, pandangan peribadi SAPP - Gagasan Rakyat
Nizam berkata Gagasan Rakyat menghormati pandangan tersebut, bagaimanapun, ia tidak melambangkan pandangan GRS secara kolektif.
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Lulus pindaan berkaitan antilompat parti demi rakyat - Hajiji
Menurut Hajiji, pindaan Perlembagaan yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu.
DUN Sabah: Hajiji bentang RUU Anti Lompat Parti
Hajiji berkata, kerajaan memandang serius serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.
DUN Sabah: Isu bekalan air, elektrik dominasi sesi perbahasan
Isu bekalan air dan elektrik yang melanda Sabah mendominasi sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin/
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Kerajaan Pusat diharap setuju penubuhan akaun amanah, elak peruntukan luput
Kerajaan Persekutuan diharap bersetuju dengan cadangan penubuhan akaun amanah kerajaan Sabah.