KUANTAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini sebulat suara meluluskan usul membantah kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Usul itu dibentang oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menggariskan lima ketetapan termasuk mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Palestin.
"Kerajaan negeri juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan agar Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraan ke atas rakyat Palestin melalui gencatan senjata dan memperakui secara formal bahawa tindakan rejim zionis adalah perbuatan jenayah.
"Kerajaan Pahang berpandangan tiada alasan kukuh untuk penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, semberono dan melampaui batas ke atas Palestin," katanya pada sidang DUN di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata Pahang akan terus memberi bantuan kepada rakyat Palestin atas rasa tanggungjawab dan solidariti menerusi Tabung4Palestin 2.0 yang dilancarkan semasa perhimpunan Pahang For Palestine di sini pada 28 Okt lepas.
Usul itu disokong oleh Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (PH-Tras) yang berkata apa yang berlaku di Palestin sejak 75 tahun lepas bukan lagi isu agama sebaliknya membabitkan kemanusian sejagat.
Shahril Azman Abd Halim (PN-Jengka), yang mengambil bahagian dalam perbahasan itu, pula berkata pembangkang menyokong sepenuhnya usul tersebut kerana isu berkenaan berkait rapat dengan umat Islam.
"Selain itu, saya suka untuk menambah sedikit usul tadi iaitu kita mesti mendesak Perdana Menteri Israel (Benjamin Netanyahu) dihadapkan ke mahkamah antarabangsa, melaksanakan gencatan senjata dan menghantar pasukan pengaman bagi mengelakkan kezaliman berterusan di Palestin.
"Kita juga mendesak Mesir agar melonggarkan kawalan bagi kemasukan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza melalui Rafah dan mempercepat proses penghantaran sebagai tanda solidariti," katanya.
Pada sidang media selepas itu, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi jaminan sumbangan yang disalur melalui Tabung Pahang4Palestin akan dipastikan sampai secara terus kepada Palestin tanpa melalui orang tengah dan jumlah terkumpul setakat ini melebihi RM700,000.
"Kita menyasarkan kutipan RM1 juta. Ini komitmen kerajaan negeri dan bila tiba masanya, bila kita tutup tabung ini (menghentikan kutipan), kerajaan negeri akan menambah jumlah yang terkumpul untuk pastikan sasaran RM1 juta tercapai," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023

Pahang akan terus memberi bantuan kepada rakyat Palestin atas rasa tanggungjawab dan solidariti menerusi Tabung4Palestin 2.0 yang dilancarkan semasa perhimpunan Pahang For Palestine pada 28 Okt lepas. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

DUN Pahang lulus usul tolak ratifikasi ICERD
Usul dibahaskan bersama-sama lima Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, Pas dan Pakatan Harapan.