Ketika krisis air Selangor berlaku pada Disember 2016, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pernah membuat kejutan apabila tampil dengan hanya bertuala, membawa gayung, sabun dan berus gigi di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.
Selepas beberapa tahun menyepi, nampaknya beliau muncul dengan 'kejutan' baharu, namun bezanya beliau cuma memuat naik video dengan gaya hampir sama menerusi Facebooknya.
Jamal berkongsi tiga video pendek berdurasi kurang dua minit dan dua daripadanya memaparkan dirinya dalam keadaan bertuala latar belakang sungai dipercayai di Tanjung Malim.
Jamal dalam salah satu video tersebut mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu gangguan air yang melanda negeri itu sejak Khamis lalu.
"Dulu saya bertuala datang ke SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) ingin menumpang mandi di Pejabat Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, saya dikatakan gila.
"Saya dikecam dengan hebatnya, (biarpun video saya) ditonton lebih 20 juta di seluruh negara dan dunia, kata saya seorang yang tidak siuman lagi.
"Tapi pada hakikatnya, apa yang saya lakukan ketika itu adalah ingin memberitahu kerajaan negeri permasalahan air ini amat besar kesannya kepada rakyat," katanya yang dipetik menerusi rakaman video berkenaan.
Dalam pada itu, Jamal dalam rakaman sama berharap agar kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) dapat memberikan fokus dan keutamaan bagi menangani permasalahan air.
"Rumah saya tiada bekalan air, masuk hari ketiga (semalam) dan terpaksa datang ke sungai di Tanjung Malim.
"Jadi anda yang kecam dulu bagaimana? Jom datang ikut saya mandi di sungai... Air tak ada... Apa yang MB (Menteri Besar) buat ketika ini," katanya.
Dalam pada itu, Jamal menerusi hantara terbaharu di Facebooknya pada Ahad mengajak orang ramai menyertainya untuk hadir ke SUK pada Khamis ini bagi menyuarakan bantahan.
"Jom ikut saya bertuala bagi menunjukkan bantahan kita kerana kegagalan kerajaan negeri menguruskan keperluan air untuk rakyat Selangor.
"Datuk Seri MB, kami mahu menumpang mandi di pejabat YAB (Yang Amat Berhormat) boleh, pada 10 September (Khamis) jam 10.30 pagi.
"Jangan lupa bawa berus gigi letak dicelah telinga dan gayung mandi serta sabunnya sekali," tulisnya menerusi hantaran video di laman media sosial yang dimuat naiknya.
Fauzi Suhaimi
Sun Sep 06 2020
Jamal berkongsi tiga video pendek berdurasi kurang dua minit memaparkan dirinya dalam keadaan bertuala berlatar belakang sungai. - Foto Facebook/Jamal Yunos
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.