Seorang penduduk mengesyaki kehilangan sejumlah wang yang sepatutnya digunakan bagi persiapan majlis perkahwinan anak perempuannya Sabtu ini di Taman Bukit Tembakau, Umbai di sini mungkin angkara toyol.
Penduduk terbabit yang mahu dikenali sebagai Liza, 47, mendakwa terserempak dengan makhluk itu sebelum menyedari kehilangan wang berkenaan.
Menurutnya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.15 malam pada Isnin lalu itu turut disaksikan dua orang anak lelakinya berusia 27 dan 18 tahun.
"Ketika itu saya baru saja keluar dari bilik air dan terlihat pintu dapur terbuka sedangkan kebiasaannya ia ditutup. Sebaik mahu menutupnya, tiba-tiba terlihat makhluk berkenaan dalam keadaan sedang memanjat pagar di belakang rumah dalam jarak kira-kira semeter lebih saja dengan saya.
"Makhluk itu memusingkan kepalanya dan memandang ke arah saya dengan mata yang merah menyala, bersaiz badan sebesar bayi, mengeluarkan taring serta cuping telinganya besar," katanya ketika menceritakan pengalaman menyeramkan itu di rumahnya di sini pada Khamis.
BACA JUGA: Ditahan kerana menyamar jadi toyol
Liza berkata, selepas ketakutan dan menjerit meminta tolong, dua orang anaknya terus menuju ke arahnya dan mereka turut ternampak makhluk itu lari ke arah memanjat bumbung rumah.
"Kejadian turut disedari beberapa jiran dan penduduk taman berkenaan, lalu turut membantu menjejak makhluk berkenaan di beberapa lokasi di kawasan terbabit tetapi gagal menemuinya.
"Cuma anak-anak perasan, ada beberapa kesan cakaran pada kepingan cermin tingkap di belakang rumah dipercayai bekas kuku makhluk itu," katanya.
Menurutnya, selang beberapa minit dia cuba memeriksa wang yang disimpannya namun mendapati ia hilang dan percaya ada kaitan dengan kemunculan makhluk berkenaan.
"Wang yang hilang berjumlah kira-kira RM3,000, yang sepatutnya digunakan untuk membeli ayam serta perkakas memasak lain. Kali terakhir saya melihat wang itu masih ada pada sebelah pagi hari yang sama sebelum kejadian.
"Sebelum ini memang pernah mendengar orang lain kehilangan duit disebabkan toyol, masa itu saya tidak ambil kisah sebab antara percaya dengan tidak. Tetapi kali ini terkena batang hidung sendiri, baru saya tahu betapa seramnya makhluk itu dan sampai sekarang saya trauma, ketakutan, susah nak tidur kerana asyik terbayang rupanya," luahnya.
Sementara itu, suaminya yang dikenali sebagai Man, 49, berkata, majlis perkahwinan anak keenamnya bakal berlangsung Sabtu ini kemungkinan akan dijalankan secara ala kadar disebabkan kejadian yang menimpa keluarganya itu.
"Ini kali ketiga saya mengadakan majlis perkahwinan untuk anak dan sebelum ini tidak pernah alami kejadian aneh dan menyeramkan seperti ini.
"Kami ada juga merujuk individu yang arif dengan makhluk halus dan mereka pun ada memberikan pandangan tersendiri tetapi saya enggan memberikan sebarang tafsiran kerana bimbang disalah erti oleh masyarakat. Saya anggap ini adalah takdir dan ujian dari ALLAH," katanya. - Sumber Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 25 2019
Man menunjukkan lokasi Liza terserempak makhluk yang dikatakan menyeramkan itu. Gambar kecil: Lakaran wajah makhluk didakwa toyol yang muncul di rumah Liza dan Man. - Foto Sinar Harian
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Duit persiapan perkahwinan lesap angkara toyol?
Seorang penduduk mengesyaki kehilangan sejumlah wang yang sepatutnya digunakan bagi persiapan majlis perkahwinan anak perempuannya mungkin angkara toyol.