PARIT BUNTAR: Seorang duda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki yang juga anak kekasihnya, berusia 2 tahun, dua minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Haziq Mustapa, 26, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kes ia melibatkan kes bunuh yang di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai buruh kontrak itu didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Ayyash Aulian Muhammad Faizul.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Serai Permai, Bagan Serai dalam daerah Kerian antara 11 hingga 13 Oktober 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor M Saravanan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan hasil bedah siasat.
Pada 14 Oktober lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dengan kesan kecederaan seluruh badan dipercayai akibat didera.
Keadaan mangsa disedari ibu bapa tertuduh berusia 62 dan 57 tahun yang menemui kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya mendapatkan rawatan di hospital.
Hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh mendapati, punca kematian mangsa disebabkan pendarahan di kepala akibat hentakan objek tumpul selain melecur akibat objek panas dan kecederaan pada lubang dubur.
Siasatan polis mendapati, tertuduh telah mengambil kanak-kanak itu dari rumahnya yang terletak di kawasan perumahan sama untuk dijaga sementara.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 24 2023

Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."

Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.

Ketua ajaran sesat Kenya didakwa bunuh lebih 190 kanak-kanak
Mackenzie arah pengikut-pengikut agar mereka dan anak-anak mereka berlapar sehingga mati dalam usaha mengejar syurga.

Duda didakwa bunuh anak kekasih berusia 2 tahun
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Serai Permai antara 11 hingga 13 Oktober lalu.

Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.

Pemandu e-hailing dituduh bunuh kanak-kanak lelaki 4 tahun
Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal bulan ini.

Dua beranak didakwa bunuh, pengabaian
Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lalu.

Tetak mati tiga beradik kanak-kanak, lelaki dihukum gantung
Seorang buruh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis selepas didapati bersalah membunuh tiga kanak-kanak.