DUA warga Malaysia ditahan dan didakwa atas kesalahan cuba menyeledup lebih satu tan dadah di sebuah gudang di Sydney, Australia.
Menurut jurucakap polis sempadan Australia (ABF), John Fleming, kedua-dua suspek berusia 22 dan 63 tahun ditahan pada Isnin ketika satu serbuan di gudang tersebut.
Katanya, dadah jenis ephedrine itu didapati tersembunyi dalam 127 kotak perabot yang diimport dari China.
“Pada 16 September, anggota penyiasat ABF membuat serbuan ke atas sebuah kontena yang dihantar ke sebuah gudang di Roselands, Sydney.
“Anggota penyiasat kami mendapati dua lelaki membuka kotak-kotak di dalam kontena tersebut dan membawanya masuk ke dalam gudang. Kedua-dua suspek kemudian dipercayai membuka kotak tersebut yang mengandungi dadah jenis ephedrine.
“Pada ketika itu anggota ABF telah memasuki premis tersebut dan menahan kedua-dua suspek. Mereka merupakan warga Malaysia yang berusia 22 dan 63 tahun,” katanya dalam satu sidang media pada Rabu.
Memetik laporan AP, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Campsie dan didakwa atas kesalahan mengimport bahan terlarang dalam kuantiti yang banyak.
Ephedrine merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk membuat methamphetamine.
Agensi
Wed Sep 18 2019

Portal berita The Sydney Morning Herald melaporkan berita penahanan dua rakyat Malaysia di sebuah gudang di Roselands, Sydney.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kastam serah laporan awal siasatan kes dadah di Australia kepada PM
JKDM telah menghantar laporan siasatan berhubung kes penyeludupan dadah jenis heroin bernilai RM789.56 juta melalui Pelabuhan Klang ke Brisbane, Australia, kepada Anwar Ibrahim, pada 3 Mei lalu.

Dua warga Malaysia ditahan seludup dadah satu tan ke Australia
Dua warga Malaysia ditahan dan didakwa atas kesalahan cuba menyeledup lebih satu tan dadah di sebuah gudang di Sydney, Australia.

Muhammad Farkhan julang nama Malaysia di Manila
Bekas petinju kebangsaan itu menewaskan wakil Indonesia, Jamed Jalarante menerusi kiraan 'KO' (Technical Knockout) pada pusingan keenam pertarungan.