Polis hari ini menahan dua wanita yang dipercayai menculik dan menjual bayi perempuan berusia tujuh bulan dari rumah neneknya di Air Itam dekat sini pada Khamis lepas di stesen bas Butterworth.
Jurucakap polis berkata dua wanita berusia 30-an itu ditahan pada 3.30 petang ini ketika baru sampai dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres.
"Polis berjaya mengesan mereka melalui talian telefon bimbit yang digunakan seorang daripada suspek berkenaan berikutan wanita terbabit masih menggunakan nombor yang sama.
"Difahamkan wanita itu menggunakan nombor yang sama kerana mahu berhubung dengan pembeli bayi berkenaan berikutan pembelinya masih berhutang dengan mereka," katanya di sini, Ahad.
Katanya siasatan awal mendapati seorang daripada wanita itu melarikan diri ke rumah suaminya di Negeri Sembilan bagaimanapun dipercayai pulang semula ke negeri ini bagi mengambil baki wang jualan bayi berkenaan.
"Dengan menggunakan kaedah teknikal dan kerjasama daripada syarikat telekomunikasi polis berjaya mengesan mereka melalui isyarat telefon bimbit.
"Sepasukan anggota polis dikejarkan ke stesen bas itu dan berjaya menemui kedua-dua wanita itu dalam sebuah bas ekspres yang baru tiba dari Kuala Lumpur," katanya.
Jurucakap polis itu berkata kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh ketika dihubungi memaklumkan sidang akhbar mengenai kes itu akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Isnin.
Akhbar melaporkan bayi berkenaan diculik dua wanita kira-kira 3 petang Khamis setelah mereka mengunjungi rumah nenek bayi itu di Air Itam dengan alasan hendak membawa bayi itu bermain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah dilaporkan berkata nenek itu membenarkan mereka membawa bayi itu kerana beliau mengenali seorang daripada wanita terbabit tetapi nenek itu mula mengesyaki sesuatu apabila kedua-dua wanita itu tidak muncul selepas 30 minit berlalu.
Beliau berkata hasil tindakan pantas dan maklumat yang diperoleh polis berjaya menahan lelaki berumur 60 tahun di Balik Pulau, tengah hari Jumaat dan menemui bayi berkenaan dalam keadaan selamat.
Bernama
Sun Dec 15 2013
![Dua wanita culik dan jual bayi ditahan di Butterworth Dua wanita culik dan jual bayi ditahan di Butterworth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387123810_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pegawai dan enam anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi Pegawai dan enam anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696577172_handcuff.jpg)
Pegawai dan enam anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi
Polis menahan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian pelbagai barangan.
![Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661344787_TBOPDADU.jpg)
Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam
Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin.
![Tokong dua tingkat musnah dalam kebakaran di Air Itam Tokong dua tingkat musnah dalam kebakaran di Air Itam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659477985_Tokongduatingkatm.jpg)
Tokong dua tingkat musnah dalam kebakaran di Air Itam
Tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut sementara punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.
![Polis selamatkan dua beradik disyaki mangsa dera, tahan ibu dan nenek saudara Polis selamatkan dua beradik disyaki mangsa dera, tahan ibu dan nenek saudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653647050_TBDERABUDAK.jpg)
Polis selamatkan dua beradik disyaki mangsa dera, tahan ibu dan nenek saudara
Polis Pulau Pinang menyelamatkan dua beradik masing-masing berusia tiga dan lima tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan nenek saudaranya hari ini.
![Kuil Kek Lok Si berusia 130 tahun terbakar Kuil Kek Lok Si berusia 130 tahun terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634031854_kuilkekloksi.jpg)
Kuil Kek Lok Si berusia 130 tahun terbakar
Sebanyak 70 peratus struktur bangunan kuil berkenaan rosak teruk, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
![Rumah terbakar, tiga beranak terpaksa berteduh di stor kilang perabot Rumah terbakar, tiga beranak terpaksa berteduh di stor kilang perabot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618851042_KELUARGAHIDUPDALAM.jpg)
Rumah terbakar, tiga beranak terpaksa berteduh di stor kilang perabot
Sebuah keluarga di Air Itam terpaksa menumpang di stor sebuah kilang perabot selepas rumah pusaka yang didiami mereka terbakar.
![Kanak-kanak setahun terkunci dalam kereta Kanak-kanak setahun terkunci dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41606654417_TBTerkunci.jpg)
Kanak-kanak setahun terkunci dalam kereta
Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta dalam keadaan enjin dihidupkan selama hampir setengah jam.
![Campak bayi dari tingkat 13: Pasangan kekasih direman enam hari Campak bayi dari tingkat 13: Pasangan kekasih direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594380203_kescampakbayi.jpg)
Campak bayi dari tingkat 13: Pasangan kekasih direman enam hari
Perintah tahanan reman dibuat di dua lokasi berbeza iaitu di Lokap Berpusat Bayan Baru dan juga di Wad Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP).
![Dua maut, seorang parah dirempuh kereta lawan arus Dua maut, seorang parah dirempuh kereta lawan arus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581433438_kemalanganmaut.jpg)
Dua maut, seorang parah dirempuh kereta lawan arus
Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan.
![Wanita berdepan detik cemas, kenderaan hampir jatuh dari bangunan Wanita berdepan detik cemas, kenderaan hampir jatuh dari bangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547995789_keretahampirjatuh.jpg)
Wanita berdepan detik cemas, kenderaan hampir jatuh dari bangunan
Seorang pemandu wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Air Itam hilang kawalan dan hampir terjatuh dari tingkat dua bangunan itu.