MANJUNG: Dua wanita cedera manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan selamat setelah kereta yang dinaiki terbabas lalu terbalik dalam longkang di kilometer (km) 226.1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, malam tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian itu mengakibatkan salah seorang mangsa tersepit dalam kenderaan itu.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.29 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dibantu Sitiawan bergegas ke lokasi.
"Terdapat empat orang mangsa dalam kereta jenis Proton Pesona iaitu dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
"Didapati seorang mangsa wanita tersepit, seorang lagi cedera, manakala dua lagi selamat," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan.
Sabarodzi berkata, komander operasi kemudian melaksanakan size-up serta mengaplikasikan konsep SAVER.
Katanya lagi, mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat hidraulik.
Setelah itu, mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi rawatan lanjut.
Aida Aziz
Thu May 16 2024

Kereta Proton Pesona yang dinaiki dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan terbabas lalu terbalik dalam longkang di KM 226.1 Lebuhraya WCE arah utara, malam tadi. - Foto ihsan JBPM Perak
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.

Wanita nyaris maut, kereta terbabas sebelum terbakar
Wanita berusia 28 tahun itu sempat menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Wanita maut tercampak keluar kereta dipandu suami
ACP Kasim Muda berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu jenis Honda Accord dan Perodua Alza.

Empat maut nahas: 'Danial sempat hubungi ibu sebelum nahas'
Kali terakhir dia bertemu dengan adiknya semasa mereka berkumpul beramai-ramai di rumah bapa mereka di Bestari Jaya pada Sabtu lalu.

Dua jurujual maut, MPV terbabas langgar lopak air
Kejadian berlaku di KM45 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kampung Pasir Putih Merchang, Marang, kira-kira jam 4.30 petang Ahad.

Dua termasuk pelajar UTP maut nahas jalan raya di Perak
Kereta yang mereka naiki terbabas berhampiran pasar raya Econsave Bandar Seri Iskandar.

Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas ke gaung
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mereka dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Palong 1 dekat Tampin.

Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
Mangsa yang terkorban adalah bapa berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 31 tahun, manakala ibu dan anak perempuan mengalami kecederaan.

Nahas pemandu rentung: Identiti mangsa dikenal pasti, kereta terbabas sendiri
Polis mengesahkan identiti mayat yang rentung dalam kemalangan di Jalan Km 24 Teluk Intan-Bidor, di sini malam tadi adalah lelaki warga tempatan berusia 28 tahun.

Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.18 pagi, di Jalan Jalong, Sungai Siput.