MELAKA: Dua tekong warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 11 pendatang tanpa izin dari negara sama termasuk dua yang masih hilang, bulan lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sumardi, 25, dan Zulkifli, 51, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mohd Sabri turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim untuk memindahkan perbicaraan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk dituduh di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama telah menjalankan penyeludupan 11 imigran dan dalam melakukan kesalahan tersebut, telah menimbulkan risiko kematian terhadap kesemua imigran berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di perairan sempadan Malaysia-Indonesia di kawasan timur Melaka kira-kira 12 tengah hari pada 15 Ogos 2023.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 26B(C) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Media sebelum ini melaporkan 11 warga Indonesia termasuk dua tekong dan seorang wanita diselamatkan selepas ditemukan terapung di laut berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia di Melaka apabila bot dinaiki mereka karam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sumardi, 25, dan Zulkifli, 51, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tekong bersama 34 warga Indonesia ditahan, cuba keluar secara haram
APMM Selangor menahan 35 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia termasuk tekong dipercayai cuba keluar secara haram dari negara ini.

LKIM saran anak nelayan kuasai kemahiran jadi tekong, persediaan guna bot besar
Muhammad Faiz berkata terdapat pusat latihan untuk melatih anak-anak nelayan itu menjadi tekong berkemahiran.

10 individu terlibat penyeludupan migran ditahan
Lima daripada individu berkenaan melibatkan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transporter.

Dua tekong warga Indonesia didakwa seludup 11 pendatang tanpa izin
Kesalahan itu dilakukan di perairan sempadan Malaysia-Indonesia di kawasan timur Melaka kira-kira 12 tengah hari pada 15 Ogos 2023.

Tiga tekong, 16 PATI ditahan cuba keluar dari Malaysia
Kesemua tekong darat dan PATI itu diberkas selepas pihak polis menahan sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga asing.

Taktik tekong, pendatang asing meniarap dalam semak gagal
Kesemua PATI warga Myanmar termasuk tekong itu ditahan dalam serbuan di Kampung Kok Pasir, Palekbang pada jam 8.30 pagi.

Radius pencarian tekong bot nelayan hilang diperluas
Sehingga kini tiada sebarang tanda penemuan berkaitan mangsa menerusi pencarian di udara dan laut.

Operasi mencari tekong bot nelayan hilang diteruskan
Lebih 40 kekuatan terlibat dalam operasi pencarian yang memasuki hari kedua itu.

Tekong dikhuatiri lemas, bot karam di perairan Pulau Kapas
Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari itu, kedua-dua awak-awak itu bagaimanapun berjaya diselamatkan.

Bot karam di perairan Langkawi: Tindakan tekong tepat dan wajar dipuji - APMM
Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah, menyifatkan tindakan itu juga membantu daripada berlakunya kejadian yang lebih buruk.