Kerajaan menerusi Kementerian Luar melahirkan rasa kesyukuran atas kepulangan dua rakyat Malaysia yang dijadikan tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria pada 16 Jan lepas.
Kementerian tersebut dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan menekankan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan perlu dijaga terutama ketika menghadapi saat getir seperti insiden tersebut.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua bekas tebusan iaitu K.Ravi dan Lau Seek Chiang yang tiba pada 2.15 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot dan beberapa pegawai kementerian itu.
Kenyataan itu juga menyebut kedua-dua keluarga bekas tebusan itu memohon agar masyarakat menghormati privasi mereka dan memberi ruang agar kedua-duanya dapat memulihkan trauma yang dihadapi berikutan peristiwa getir tersebut.
Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia, Chong Chung Ngen yang dilaporkan hilang semasa insiden tebusan tersebut disahkan terbunuh oleh Kedutaan Besar Malaysia di Algiers semalam.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam berkata mengenai seorang lagi rakyat Malaysia yang masih hilang, Tan Ping Wee, kementeriannya menghantar seorang diplomat kanan untuk membantu kedutaan di sana bagi mempercepatkan usaha mencari, serta memastikan koordinasi yang diselaraskan dengan pihak berkuasa Algeria berjalan lancar.
Dalam insiden yang berlaku minggu lepas itu, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di OGPC In Amenas menjadi mangsa tebusan kumpulan militan.
Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udaranya digunakan pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak Islam di Mali.
Bernama
Thu Jan 24 2013
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keluarga tebusan enggan ditemubual media
Keluarga salah seorang daripada mangsa tebusan di Algeria, Lau Seek Chiang enggan ditemu bual oleh media.