KUANTAN: Setiap kali Ramadan, padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 pasti menjadi lokasi tumpuan masyarakat di sini untuk berbuka puasa.
Namun, susulan negara pandemik COVID-19 yang melanda negara, padang ini ditutup dari kunjungan orang ramai selama dua tahun.
Penularan COVID-19 sejak 2020 menyebabkan aktiviti berbuka puasa beramai-ramai tidak dibenarkan dalam usaha menyekat wabak tersebut.
Bagaimanapun, Ramadan tahun ini, Kerajaan Negeri Pahang membenarkan berbuka puasa diadakan di padang ini setelah negara kini berada di dalam fasa peralihan ke arah endemik, namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan Datuk Hamdan Hussin berkata, keputusan tersebut sangat menggembirakan orang ramai kerana lokasi tersebut sangat ikonik dan mempunyai daya tarikan untuk dikunjungi.
"Pada 1 April, kita pun telah diberi kebenaran, tetapi untuk membuka padang ini kepada awam, kita perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Jadi, berdasarkan kepada pembentangan SOP yang telah kita beri, telah mendapat kelulusan. Syukur Alhamdulillah, ini semua untuk warga Kuantan.
"Dan semestinya, ini merupakan satu nostalgia, momen yang tidak boleh dilupakan oleh setiap warga Kuantan," kata Hamdan.
Dari tinjauan yang dilakukan Astro AWANI, orang ramai didapati sangat teruja apabila aktiviti berbuka puasa di padang dibenarkan.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Bagi penjawat awam Mohamad Hafidz Mohamed Nasir, berbuka di padang MBK 1 umpama satu tradisi dan dia sangat berbesar hati dapat meneruskannya walaupun perlu membuat tempahan terlebih dahulu.
"Kelebihan di sini adalah masjid, iaitu masjid utama negeri Pahang," katanya, merujuk kepada Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan yang berdekatan.
"Kemudian, ada Bazar Ramadan. Ini adalah bazar yang boleh dikatakan terbesar dan terbaik di Kuantan ini.
"Jadi, ia seperti satu 'port' rasmi, atau tempat wajib singgah. Sekali setahun pun, dalam bulan Ramadan sahaja pun, sudah memadai," katanya,
Bagi Hamizan Musa pula, dia amat rindu untuk berbuka di padang itu dan kali ini tidak melepaskan peluang yang lama dinantikan olehnya sekeluarga.
"Ia sesuatu yang sangat menggembirakan saya. Sebab, sudah dua tahun tidak ada aktiviti berbuka di padang ini.
"Bagi saya, berbuka puasa di padang ialah sesuatu yang menarik. Ia juga sebagai satu produk pelancongan di negeri Pahang," katanya yang merupakan seorang penguat kuasa.
Bagi Ain Shahirah Moh Fairozi, yang merupakan pengunjung kali pertama, dia berasa bertuah kerana berpeluang berbuka puasa di padang itu setelah dua tahun tidak dibenarkan.
"Saya rasa sangat gembira sebab ini kali pertama saya berada di sini. Sebelum ini, ada kawan yang bercerita, tempat ini sangat meriah tetapi sudah dua tahun kosong.
"Kali ini, Alhamdulillah, seronok kerana saya dapat berpuasa berbuka bersama kawan-kawan di sini," kata penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah itu.
MBK menyediakan 140 petak di padang tersebut dengan bilangan maksimum 12 orang setiap petak untuk tujuan berbuka puasa yang dibuka dari 6 petang sehingga 8.30 malam.
Pengunjung perlu membuat tempahan dengan MBK terlebih dahulu untuk mengadakan majlis berbuka puasa di padang itu dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Antara SOP yang perlu diikuti adalah, pengunjung perlu membawa tikar sendiri.
Astro Awani
Tue Apr 05 2022
Menurut pengunjung, antara tarikan berbuka puasa di padang MBK 1 ialah terdapat masjid dan bazar Ramadan berhampirannya. - Foto Astro AWANI
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian
Seorang pegawai agensi kerajaan negeri antara tiga individu ditahan dalam serbuan oleh SPRM kerana disyaki terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan memunggah keluar hasil galian.
Lima individu termasuk kerabat diraja Pahang didakwa cederakan lelaki
Lima individu, termasuk seorang kerabat diraja Pahang, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki pada Jun lalu.
Mangsa teruja turun cari kepah sebelum hilang - Rakan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang di muara Sungai Balok, Kuantan pada Sabtu ketika sedang mencari kepah.
Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.
Isteri maut, suami sesak nafas kereta terjunam dalam sungai
Seorang wanita maut manakala suaminya mengalami sesak nafas selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai.
Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi.
Pelayan kedai makan maut, langgar lembu melintas
Mohamad Daniel Asraf Abdul Zahir mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.