JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.11 juta menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan Kota Tinggi pada 9 dan 10 Nov lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbuan pertama di Kota Tinggi pada 9 Nov lepas, antara 1.50 tengah hari hingga 3 petang membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun dan seorang lelaki Indonesia berumur 49 tahun yang kedua-duanya dipercayai dalang sindiket berkenaan.
Beliau berkata menerusi penahanan dua individu itu, pihaknya menemukan dadah jenis ganja seberat 14.55 kilogram bernilai RM36,392 yang disembunyikan di dalam sebuah kereta Honda CRV.
"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyeludup dadah yang dipercayai diambil dari utara Semenanjung ke negara jiran dengan melalui jalan laut dan ia telah beroperasi sejak awal Julai tahun ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Ayob Khan berkata pihaknya turut menyita kereta terbabit bersama sebuah motosikal Yamaha LC135 serta wang tunai RM564 dan mata wang Singapura sebanyak S$279.
Beliau berkata kedua-dua individu itu direman selama tujuh hari bermula 10 Nov lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya, dua serbuan lagi dilakukan di sekitar daerah ini kira-kira pukul 9 pagi hingga 2 petang, 10 Nov yang membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.07 juta yang dipercayai untuk kegunaan 'private party' atau parti persendirian dan pusat hiburan.
Ayob Khan berkata rampasan melibatkan sebanyak 21.18 kilogram serbuk ekstasi, 78.6 gram ketamin, 1.8 gram syabu, 90 biji pil ekstasi dan 170 biji pil Erimin 5.
Beliau berkata seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun dan pasangan suami isteri masing-masing berumur 59 dan 53 tahun yang ketiga-tiganya dipercayai bertindak sebagai dalang sindiket itu, turut ditahan dalam serbuan berkenaan.
"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyewa apartment 'gated and guarded' sebagai stor pembungkusan dadah untuk kegunaan 'private party' dan pusat hiburan di sekitar daerah ini," katanya yang turut menjelaskan sindiket berkenaan disyaki telah beroperasi sejak Ogos tahun ini.
Ayob Khan berkata hasil saringan ujian air kencing mendapati seorang daripada mereka yang ditahan positif ketamin, manakala seorang lagi mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau berkata ketiga-tiga individu itu direman selama tujuh hari bermula 11 Nov lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jelasnya, dadah yang dirampas menerusi kedua-dua sindiket itu boleh digunakan untuk kira-kira 85,882 penagih dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
![Dua sindiket edar dadah tumpas libat rampasan bernilai RM1.11 juta Dua sindiket edar dadah tumpas libat rampasan bernilai RM1.11 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636878994_TBAYOBKHAN.jpg)
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) melihat hasil rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.11 juta menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar Kota Tinggi dan Johor Bahru. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714696494_HamidinMohdAminK.jpg)
Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Ini kerana Pan-gon, yang mula mengemudi skuad kebangsaan sejak 2022, sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025.
AWANI Borneo [17/07/2024] - Kebakaran awal pagi | 1.3 juta tenaga buruh | 829.4 kilometer
Awani Borneo 17 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
RM32.8 juta setahun selenggara rutin Lebuh Raya Pan-Borneo
Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM32.8 juta setahun bagi pelaksanaan penyenggaraan rutin di Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat mengikut serahan bagi penyenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya.
38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah
Rafizi menambah pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu RM1,218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1,198.
![Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Pemenang Jutawan BSN derma 10 peratus kepada gereja
Rezeki tiga bulan menabung di Bank Simpanan Nasional (BSN) berbekalkan modal 10 ribu ringgit telah menukar hidup seorang paderi kepada seorang jutawan.
RM468.7 juta projek infrastruktur basmi kemiskinan di Sabah
Rafizi berkata peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah diwujudkan bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan di lapan daerah tersebut.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
![Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714295310_TBRAMPASDADAH.jpg)
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
![Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam tiga hari Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664720899_TBKAMARUL.jpg)
Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam tiga hari
Sebanyak RM1.38 juta kutipan bayaran saman trafik diperoleh sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bersama Brother Motor yang berakhir hari ini.
![Seludup diesel bersubsidi, sembilan individu ditahan bersama rampasan bernilai RM281,494 Seludup diesel bersubsidi, sembilan individu ditahan bersama rampasan bernilai RM281,494](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664609415_TBCURIDIESEL.jpg)
Seludup diesel bersubsidi, sembilan individu ditahan bersama rampasan bernilai RM281,494
Kesemua suspek terdiri lapan lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing, berumur 20 hingga 41 tahun.
![Polis serbu sarang penagihan dadah, 43 individu ditahan Polis serbu sarang penagihan dadah, 43 individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657377938_TBKAMARUL.jpg)
Polis serbu sarang penagihan dadah, 43 individu ditahan
Kesemua penagih itu dipercayai menjadikan beberapa lokasi sekitar Felda berkenaan sebagai tempat untuk melepaskan gian.
![Polis Johor ubah suai corak tugasan sempena Aidilfitri Polis Johor ubah suai corak tugasan sempena Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651485774_TBCPOPENYELAM.jpg)
Polis Johor ubah suai corak tugasan sempena Aidilfitri
Polis Johor perkemas corak tugasan pegawai dan anggotanya bagi memastikan sambutan Aidilfitri di negeri ini berjalan dengan lancar.
![Aktiviti perjudian dalam talian: Bekalan elektrik 23 premis dipotong Aktiviti perjudian dalam talian: Bekalan elektrik 23 premis dipotong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71643786246_TBMASHUPTNB.jpg)
Aktiviti perjudian dalam talian: Bekalan elektrik 23 premis dipotong
Op Bersepadu JOL dijalankan sebagai langkah dan usaha untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri itu.
![Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620352765_ACPDZULKHAIRIMUKHT.jpg)
Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal
Lelaki itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan.
![Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640587025_sindeketketumjoho.jpg)
Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.
![Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631603103_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.
![3,015 kompaun ingkar SOP COVID-19 dikeluarkan di Johor - Ayob Khan 3,015 kompaun ingkar SOP COVID-19 dikeluarkan di Johor - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635004395_AyobKhanMydinPitc.jpg)
3,015 kompaun ingkar SOP COVID-19 dikeluarkan di Johor - Ayob Khan
Sebanyak 3,015 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa di Johor atas kesalahan ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).