SHAH ALAM: Polis berjaya menumpaskan dua sindiket dadah dan merampas 297 kilogram dadah jenis heroin, syabu dan ketamin dalam dua operasi berasingan di Lembah Klang pada Selasa dan Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah dalam operasi berkenaan ialah RM17.55 juta manakala jumlah sitaan berjumlah RM1.01 juta.
Menurutnya, sindiket tersebut dipercayai menyeludup dadah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dan dalam operasi sama, polis berjaya membongkar makmal haram memproses dadah ketamin.
"Operasi pertama, polis melakukan tujuh serbuan sekitar Lembah Klang dan menahan sembilan individu berusi lingkungan 24 hingga 46 tahun. Polis juga merampas 354 'slab heroin base' dengan anggaran berat 134 kilogram.
"Turut dirampas 101 bungkusan plastik disyaki berisi syabu dengan anggaran berat 104 kilogram yang bernilai RM15.2 juta. Jumlah dadah ini dianggarkan untuk kegunaan 9.2 juta penagih.
"Sindiket ini telah mula aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak Februari tahun ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Isnin.
Tambah beliau, modus operandi sindiket itu adalah dengan menyeludup masuk bekalan dadah ke Malaysia dari Selatan Thailand melalui jeti haram di Kelantan menggunakan penghantaran kontena dan 'parcel'.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan semua suspek ditahan reman antara satu hingga tujuh hari bermula 21 April 2021.
Sementara itu, dalam operasi kedua, Acry Sani berkata polis berjaya menumpaskan makmal haram memproses dadah ketamin di Rawang dan menangkap lapan ahli sindiket berumur lingkungan 26 hingga 47 tahun.
"Turut dirampas sejumlah 22.015 kilogram dadah jenis ketamin dan 37.15 kilogram cecair disyaki dadah ketamin dianggarkan bernilai RM2.35 juta.
"Turut dirampas adalah peralatan dan bahan kimia dipercayai digunakan untuk memproses dadah ketamin. Jumlah dadah ini dianggarkan untuk kegunaan seramai 197,217 penagih. Sindiket aktif sejak Februari tahun 2021," ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan semua suspek ditahan reman antara lima hingga tujuh hari bermula 21 April 2021.
Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dalam kedua-dua operasi tersebut adalah RM18.56 juta.
Ridauddin Daud
Mon Apr 26 2021
Acryl Sani (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada dadah terlarang dan peralatan makmal pemprosesan dadah yang dirampas polis. - Astro AWANI
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
Ikon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan melahirkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.