SIBU: Dua orang rentung apabila van membawa muatan diesel yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Khong Yit Khim, di sini dalam kemalangan kendiri awal pagi tadi.
Ketua Bomba Zon Sibu, Janggan Muling berkata akibat kemalangan tersebut kedua-dua mangsa didapati tersepit dan rentung di tempat duduk pemandu dan penumpang sebelah hadapan.
Menurutnya, panggilan kejadian tersebut diterima jam 5.10 pagi dan satu pasukan telah digerakkan ke lokasi yang terletak 17km dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral kira-kira jam 5.27 pagi.
"Setibanya di lokasi pasukan Bomba mendapati sebuah van dengan membawa muatan minyak diesel dalam tong mengalami kemalangan kendiri dipercayai hilang kawalan menyebabkan van tersebut terbakar seratus peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata apabila api berjaya dipadamkan sepenuhnya, pasukan bomba mengeluarkan mayat mangsa dan kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Apabila api berjaya dipadamkan sepenuhnya, pasukan bomba mengeluarkan mayat mangsa dan kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar fail
Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.
UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.
Pendigitalan kesihatan dan perlindungan data antara fokus utama di IRC 2025
Pendigitalan sektor kesihatan dan perlindungan data menjadi antara fokus utama dibincangan di Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025.
OPPO Reno13: Gabungan AI, fesyen & fotografi dalam air
OPPO lancar Reno13 yang merupakan siri telefon pintar AI dengan teknologi canggih dan reka bentuk inovatif menggabungkan fesyen serta teknologi.
Agenda AWANI: RUU Jenayah Siber, Lebih Relevan?
RUU Jenayah Siber baharu dijangka akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997. Apakah perubahan utama yang diperlukan untuk memastikan ia relevan dalam menangani ancaman siber era moden? Diskusi 8.30 malam
Hasil lawatan PM Singapura ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala - Fahmi
Hasil lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ke Malaysia yang berakhir semalam, memperkukuh hubungan dua hala dan memberi lonjakan untuk pertumbuhan ekonomi.
[Data & Statistik] Laporan Pekerjaan Baharu 2025
Semalam, kami ada melaporkan mengenai analisis terkini kerajaan yang menunjukkan bahawa lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi oleh kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Dan hari ini pula, Forum Ekonomi Dunia (WEF) menerbitkan laporan pekerjaan baharu bagi tahun 2025.
Dan hari ini pula, Forum Ekonomi Dunia (WEF) menerbitkan laporan pekerjaan baharu bagi tahun 2025.
Perpaduan masyarakat Islam, Buddha di Sungai Padi
Nilai perpaduan antara kaum dan agama begitu mahal kepada masyarakat Islam dan Buddha di Selatan Thailand. Wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad menyelami 'rahsia' kehidupan harmoni masyarakat Islam dan Buddha di kawasan bergolak itu.
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 9 malam ini.
8 suspek ditahan tawar kelulusan lesen kenderaan perdagangan
Lapan individu termasuk pengarah sebuah agensi di bawah sebuah kementerian selain tiga pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.
Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan di beberapa lokasi sekitar Melaka dan Lembah Klang susulan siasatan berhubung isu rasuah membabitkan pemeriksaan kenderaan perdagangan sebelum ini.
Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan di beberapa lokasi sekitar Melaka dan Lembah Klang susulan siasatan berhubung isu rasuah membabitkan pemeriksaan kenderaan perdagangan sebelum ini.
Dua rentung, van bawa muatan diesel langgar pokok tepi jalan
Dua orang rentung apabila van membawa muatan diesel yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Khong Yit Khim, di sini dalam kemalangan kendiri awal pagi tadi.