Dua remaja lelaki yang bermotosikal dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk meraikan sambutan tahun baharu, maut dalam kemalangan di Kilometer 159.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abdul Samad berkata mangsa yang maut adalah Mohamad Syahizad Shah Dali, 21, dan Azmirul Shafiq Azmi, 15.
Menurutnya dalam kemalangan pukul 12.16 tengah malam itu, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik maut di tempat kejadian selepas terlanggar belakang sebuah treler.
"Treler itu dari arah Ipoh, Perak menghala Juru membawa muatan besi. Sebuah motosikal terlanggar bahagian kiri treler, kemudiannya satu lagi motosikal yang berada di belakang tidak sempat mengelak sebelum melanggar kenderaan berkenaan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua motosikal itu jatuh di lorong kecemasan di kiri lebuh raya sebelum terseret kira-kira 20 meter.
Shafee berkata penunggang yang masing-masing masih menuntut itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta badan.
Katanya mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing dan dibawa pulang ke Nilai, Negeri Sembilan serta Puchong, Selangor.
Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita berkata hampir setiap tahun Mohamad Syahizad ke Pulau Pinang untuk menyambut tahun baharu bersama rakan-rakannya.
Katanya sebelum bertolak kira-kira pukul 4 petang semalam, arwah terlebih dahulu memaklumkan kepada ibu bapanya dan begitu gembira mahu ke negeri itu.
"Jenazah akan dibawa balik ke Kampung Kondok di Nilai sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di sana," katanya ketika ditemui di HSJ.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2016
Dua remaja lelaki yang bermotosikal dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk meraikan sambutan tahun baharu, maut dalam kemalangan. - Gambar hiasan
Malaysia akan pertahankan prinsip pemusatan ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan bekerja tanpa jemu untuk mengukuhkan perpaduan ASEAN, memastikan semua suara didengari serta mengutamakan keputusan kolektif.
Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global
Beliau juga berkata bahawa tanggungjawab tersebut disebabkan oleh evolusi ASEAN kepada rantau berjumlah 671 juta orang, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah AS$3.8 trilion, menjadikannya ekonomi kelima terbesar di dunia.
Hubungan baik dua negara dorong kerjasama Darphane, Ultimate Print
Ketua Pengarah Darphane, Abdullah Yasir Sahin berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh hubungan sedia ada.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Jumlah pakar psikiatri hanya 623 orang - Dr Dzulkefly
Pada 16 Dis 2021, KKM dilapor menyasarkan nisbah satu pakar psikiatri bagi setiap 50,000 penduduk di seluruh negara menjelang 2025.
GISB: Jakim bertindak ikut ruang lingkup fungsi dan peranan
Jakim sentiasa jalankan kerjasama, khidmat nasihat dan perundingan dengan pihak berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri.
PM Anwar akan undang Presiden China Xi Jinping hadir Sidang Kemuncak ASEAN
Perdana Menteri akan mengundang Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China tahun depan.
AFC label Arif Aiman 'budak ajaib'
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melabel bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai 'budak ajaib'.
Hari Demo Akhir ECX 2024 labuh tirai, inovator e-dagang teratas diumum
Program ECX 2024 berjaya membina platform untuk pemula dan PKS meraih akses pasaran, pendedahan jenama, dan minat pelabur, untuk bersaing dalam pasaran digital.
Dua remaja bermotosikal dari KL maut dari kemalangan
Dua remaja lelaki yang bermotosikal dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk meraikan sambutan tahun baharu, maut dalam kemalangan di Kilometer 159.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.