Pihak berkuasa Thailand merampas 200 kg dadah jenis Ice atau lebih dikenali sebagai syabu bernilai kira-kira 400 juta Baht (RM50 juta) di Sadao, Songkla dan dan menahan dua lelaki rakyat Malaysia ketika hendak menyeludup dadah itu ke Malaysia.
Kedua-dua rakyat Malaysia itu, berumur 49 dan 35 tahun ditahan semalam selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenai percubaan menyeludup dadah ke negara jiran.
"Pihak berkuasa menemukan tujuh guni mengandungi "Ice" dalam salah sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki rakyat Malaysia itu ketika dia hendak memindahkan dadah itu ke sebuah kereta lain milik rakan senegaranya," kata Timbalan ketua Bahagian Pencegahan Jenayah (CSD) Kol Jeerapop Puridetch di sini hari ini.
Kedua-dua kereta, sebuah Honda Accord berwarna putih dan sebuah lagi berwarna hitam milik kedua-dua rakyat Malaysia itu, didaftarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Menurut beliau, pihak berkuasa melancarkan operasi untuk memberkas kedua-dua rakyat Malaysia itu selepas menerima maklumat bahawa kedua-dua suspek telah menyewa sebuah pangsapuri di Sadao dan merancang untuk menyeludup dadah ke Malaysia.
Sementara itu, dalam kes berasingan, pihak berkuasa penguatkuasaan dadah Thailand sedang memburu seorang lelaki rakyat Malaysia berikutan rampasan 44.84 kg heroin gred tinggi bernilai kira-kira 89.68 juta Baht (RM11.2 juta) di Hatyai Ahad lepas (20 Ogos).
Tiga lelaki rakyat Thailand juga diditahan dalam operasi yang sama, kata sumber peringkat tinggi kepada Bernama.
Menurut beliau, ketiga-tiga lelaki warga Thailand itu sepatutnya menyerahkan dadah tersebut kepada lelaki rakyat Malaysia pada hari mereka ditahan.
"Kami telah menyalurkan semua maklumat mengenai lelaki itu kepada pihak berkuasa Malaysia untuk operasi susulan," kepada beliau kepada Bernama di sini dan menambah mereka percaya lelaki tersebut dapat menyelinap masuk ke Malaysia untuk mengelak daripada ditangkap oleh pihak berkuasa Thauiland.
Dadah-dadah itu yang dibungkus dalam 118 keping, berasal dari bandar sempadan Myanmar, Tachileik yang terletak dekat wilayah Chiang Mai di utara Thailand dan dibawa ke Hatyai oleh ketiga-tiga rakyat tempatan Thailand itu yang bertindak sebagai penyeludup.
Menurut sumber tersebut, pihak berkuasa menerima maklumat perisikan lebih awal mengenai percubaan untuk memindahkan dadah itu dari Tachileik ke Hatyai.
Ketiga-tiga warga Thailand itu berusia 36 hingga 42 tahun mengembara beribu-tibu kilometer dengan menaiki kereta sedan dan truk pikup ke Hatyai, di selatan Thailand.
"Mereka diberi arahan untuk menyerahkan dadah itu kepada seorang lelaki rakyat Malaysia di Hatyai, " kata sumber itu dan menambah mereka diberkas di tempat letak kereta sebuah restoran dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan Ahad lepas.
Berikutan penangkapan ketiga-tiga lelaki warga Thailand itu, pihak berkuasa memeriksa kenderaan tersebut dan menemukan heroin disembunyikan dalam beberapa bahagian truk pikup itu.
Kira-kira 50 keping heroin dijumpai disembunyikan dalam tayar ganti trak dan 57 lagi lagi dijumpai dalam kompartmen pembesar suara manakala yang lain ditemukan dalam beberapa bahagian trak," kata sumber itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017
Seorang daripada dua lelaki rakyat Malaysia yang ditahan Pihak Berkuasa Thailand berhubung rampasan dadah 200 kilogram dadah jenis "Ice" yang dianggarkan bernilai RM50 juta di Sadao, Songkla semalam. - Bernama
G7 usaha sepakti isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Thailand gagalkan cubaan seludup 510 kg 'ice' dan 60,000 pil kuda ke Malaysia
Operasi bersama polis dan tentera turut menahan tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 29 dan 62 tahun pada 6 Mac lepas.
Polis tumpas sindiket, rampas dadah, aset lebih RM1 juta
Dalam operasi bermula 2 hingga 9 Jun tu, polis turut merampas sejumlah dadah serta menyita aset pengedar dianggarkan bernilai RM1.08 juta.
Tujuh warga Malaysia antara ditahan dalam serbuan disko di Danok
Turut ditahan dalam serbuan bermula dari 1 pagi (waktu tempatan) hari ini dan berakhir lima jam kemudian, adalah pemilik tempatan pusat hiburan itu, yang juga didapati positif dadah.
Thailand pintas 300kg 'Ice' untuk dibawa ke Malaysia
Dadah itu dianggarkan bernilai berjuta-juta Baht adalah untuk dibawa ke selatan Thailand untuk kemudian diseludup masuk ke Malaysia.
Polis Thai rampas dadah untuk dihantar ke negara ketiga
Polis Thai menumpaskan cubaan oleh sindiket dadah untuk membawa sejumlah besar dadah sintetik dianggarkan bernilai sekitar 929 juta Baht.
Polis Thai rampas 508kg dadah 'ice' cuba diseludup masuk ke Malaysia
Polis Thailand melumpuhkan cubaan menyeludup 508kg dadah sintetik bernilai sekurang-kurangnya 1 bilion Baht (kira-kira RM125 juta) ke Malaysia.
Dua rakyat Malaysia ditahan, 200kg syabu dirampas
Pihak berkuasa Thailand merampas 200 kg dadah jenis Ice atau lebih dikenali sebagai syabu bernilai kira-kira 400 juta Baht (RM50 juta) di Sadao, Songkla.
'Raja Dadah' Hong Kong termasuk warga Malaysia dipaksa bakar 'ice' depan media
Wong Chi-ping dan beberapa suspek lain didedahkan di hadapan media sebelum dilihat membuang bungkusan dadah ke dalam api yang marak di relau insinerator.