Digari dan dipakaikan topeng muka hitam, seorang lelaki Hong Kong yang dipercayai raja dadah bersama anggota kumpulannya dipaksa untuk membakar stok βiceβ atau dadah crystal methamphetamine bernilai AS$136 juta secara umum hari ini selepas ditangkap pihak berkuasa Indonesia.
Wong Chi-ping dan beberapa suspek lain didedahkan di hadapan media negara itu, sebelum membuang bungkusan dadah terlarang ke dalam api yang marak di relau insinerator di pinggir Jakarta.
"Dadah itu adalah sampah, sebab itu kami membakarnya,β kata ketua agensi dadah Anang Iskandar kepada wartawan. Sejumlah 862 kilogram dadah telah dibakar.
Lelaki yang ditahan itu didakwa sebagai ketua kumpulan yang dianggotai tiga lagi warga Hong Kong, seorang warga Malaysia dan empat warga Indonesia. Mereka telah ditangkap pada awal bulan ini selepas tiga tahun siasatan terhadap sindiket global tersebut.
Mereka semua berdepan hukuman mati jika didapati bersalah mengedar dadah. Di Indonesia, balasan bagi kesalahan tersebut adalah hukuman tembak.
Indonesia adalah antara negara yang menguatkuasakan undang-undang antidadah paling tegas di dunia dan semakin menggiatkan kempen itu di bawah pentadbiran Presiden Joko Widodo.
Awal bulan ini, enam pesalah termasuk lima warga asing telahpun berdepan dengan skuad penembak negara tersebut.
"Indonesia telah mengumumkan perang ke atas dadah. Kami mahu menyelamatkan generasi akan datang, anak cucu kami,β ujar Menteri Keselamatan Indonesia, Tedjo Edhy Purdijatno.
Dadah-dadah tersebut yang dibungkus rapi dalam paket kopi ditemui dalam keadaan 97 peratus asli. Sindiket tersebut sememangnya dikehendaki di tujuah buah negara termasuk China, Filipina, Malaysia dan Singapura.
Pihak berkuasa Indonesia telah memantau pergerakan Wong sejak tahun 2012. Dia ditangkap selepas bot nelayan membawa masuk dadah itu ke Jakarta untuk dijual.
AFP
Tue Jan 27 2015
Wong Chi-ping dan beberapa suspek lain didedahkan di hadapan media negara itu, sebelum membuang bungkusan dadah terlarang ke dalam api yang marak di relau insinerator di pinggir Jakarta. - Gambar AFP
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Bakar suami sebab kuat main judi 'online'
Siasatan awal mendapati pelaku melakukan perbuatan itu kerana konflik rumah tangga.
Kedutaan Sweden di Iran, Iraq dibanjiri protes
Ia susulan insiden membakar kitab suci al-Quran di luar masjid di Stockholm pada Rabu oleh seorang pelampau di Sweden.
Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil
Tertuduh bertindak membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di sebuah kebun kelapa sawit 22 Mei lalu.
Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung
Tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Turkiye kutuk tindakan cemar al-Quran, bendera di Denmark
Insiden itu yang dilakukan semasa bulan suci Ramadan.
ISESCO kecam tindakan bakar al-Quran di Stockholm
ISESCO pada Ahad mengecam "tingkah laku biadab" membakar naskhah al-Quran oleh pelampau di Stockholm.
Polis buru lelaki bakar mesin ATM
Siasatan awal mendapati suspek telah memasuki ke dalam bilik menempatkan ATM berkenaan sebelum menyalakan api.
Petua makan bawang putih ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan
Salah satu petua untuk kekal sihat adalah menggunakan bawang putih.
Lebih 30 penduduk kampung termasuk kanak-kanak dibunuh, dibakar
tentera Myanmar mendakwa mereka terpaksa melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pengganas yang lengkap bersenjata di kampung tersebut.
Polis siasat kejadian Al-Quran dibakar di Kluang
Polis sedang menyiasat kejadian senaskah al-Quran yang dibakar dan dijumpai di Tasik Taman Sri Impian.