PASIR PUTEH: Dua rakan maut selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah van dalam kejadian di kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu pada Ahad.
Kemalangan yang berlaku sekitar jam 12.40 tengah malam itu menyebabkan mangsa, Mohamad Azrul Hakim Mohd Rosli dan Muhammad Ammar Hakim Mohd Zainuddin masing-masing berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu van lelaki berusia 38 tahun bersama beberapa orang penumpang berada di laluan Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dinaiki kedua-dua mangsa telah memasuki laluan bertentangan lalu merempuh van tersebut.
"Akibat daripada pelanggaran itu, pemandu dan penumpang kereta terbabit telah maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pemandu dan penumpang van hanya mengalami kecederaan ringan.
Ujarnya, mayat kedua-dua rakan terbabit telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat.
Zaizul Rizal memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi talian 017-2047828," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 09 2023

Dua rakan maut selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah van dalam kejadian di kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya
Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.

Dua rakan maut kenderaan bertembung
Pemandu Daihatsu Charade gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh sebelum berpusing dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Waja.