KUALA TERENGGANU: Dua produk pelancongan baharu iaitu Payang Walk dan Beca Warisan bakal menjadi daya tarikan terkini di Terengganu, sekali gus memberi nilai tambah kepada sektor berkenaan di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Payang Walk dan Beca Warisan ialah inisiatif kerajaan negeri untuk merancakkan lagi sektor pelancongan negeri di kawasan tanah besar selain di pulau-pulau.
Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan pendapatan golongan peniaga dan pengayuh beca yang semakin hari semakin terkesan dengan arus pembangunan moden.
"Untuk permulaan, kita sediakan tapak untuk 100 peniaga beroperasi di sekitar Pasar Payang dan pesisir sungai Terengganu setiap hari Jumaat.
"Tapak jualan ini dibahagikan kepada beberapa segmen iaitu jualan makanan tradisional, persembahan kebudayaan dan kesenian, dan jualan produk tempatan," katanya pada Majlis Perasmian Payang Walk dan Operasi Beca Warisan di sini malam tadi.
Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM240,000 untuk menaik taraf 16 beca warisan supaya lebih menarik dan dilengkapi dengan kemudahan solar.
Menurut beliau, pelancong akan dibawa melalui laluan khas sejauh tiga kilometer di sekitar Pasar Payang dan Kampung Cina di sini, untuk menyaksikan keindahan serta keunikan lokasi itu dengan lebih dekat.
"Kita belajar (operasi beca) ini daripada rakan kita, Melaka. Tetapi kita pertingkatkan dengan kos RM15,000 untuk sebuah beca.
"Kita akan tengok maklum balas pelancong macam mana, kalau sambutan baik kita boleh tambah dalam 10 buah lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Ahmad Samsuri (dua, kiri) melambai tangan kepada orang ramai ketika menaiki beca elektrik pada Majlis Perasmian Payang Walk dan Operasi Beca Warisan di Persisir Payang, malam tadi. --fotoBERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.
Pembinaan ECRL Terengganu capai 86 peratus - Ahmad Samsuri
Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu mencapai 86 peratus setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Impian yang pernah disimpan Ir Ahmad Samsuri sejak darjah satu kini menjadi kenyataan.
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Kerajaan Terengganu sentiasa jalin hubungan baik dengan Persekutuan - MB
Kerajaan Terengganu sentiasa menjalin hubungan dan kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan serta menerima reaksi positif daripada kementerian termasuk pelbagai dana menerusi program berkaitan.