MELAKA: Seorang remaja dan kerani wanita maut selepas motosikal yang ditunggang kedua-dua mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pulai Gadong di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi, mangsa Nur Azrin Noriman,18, menunggang motosikal jenis Honda EX5, manakala Nurul Rahimah Samad, 32, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15, masing-masing dari arah Pulau Gadong menghala ke arah Klebang.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Hyundai Tuscon yang dipandu individu berusia 36 tahun dari arah Klebang menghala ke Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.
"Perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan notis Pol.61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ujarnya, pemandu kereta yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit hanya mengalami cedera ringan dan luka di bahagian muka.
'Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 17 2023
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan yang meragut dua nyawa penunggang motosikal di Jalan Pulai Gadong pada Isnin. - Foto PDRM
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT
APAD menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas susulan kematian seorang remaja berumur 18 tahun maut akibat renjatan elektrik.
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
Teman lelaki, kakak angkat remaja jatuh dari tingkat 16 positif dadah
Polis menahan teman lelaki dan kakak angkat kepada remaja perempuan yang ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim di sini pada Ahad.
Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16 pangsapuri di Farlim, Pulau Pinang
Hasil siasatan polis mendapati, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.
Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menetapkan piawaian untuk soket tersebut.
Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres
Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.
'Sedap ibu masak, saya tak akan makan lagi selepas ini', kata Angah sebelum meninggal dunia
Akief maut akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil umpan pancing tiruan yang tersangkut di kabel elektrik di Kampung Tanjung Putus, Rabu.
Remaja maut, 4 melecur kena renjatan elektrik ketika kait umpan tersangkut pada kabel
Seorang remaja lelaki maut manakala empat yang lain cedera selepas terkena renjatan elektrik di kawasan sawah, di Kampung Tanjung Putus, di sini, pada Rabu.
Remaja maut terperosok bawah MPV di Tambun
Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV di Bandar Baru Tambun, awal pagi ini.
Remaja meninggal dunia selepas rebah ketika main bola sepak
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia akibat masalah kompilasi jantung dan asma ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih.