BEAUFORT: Polis terpaksa bertindak melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang digunakan oleh dua pengedar dadah, selepas cubaan mereka untuk merempuh polis.
Dalam kejadian di Kampung Limbawang, Beaufort, kedua-dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu kemudian berjaya ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di tepi jalan yang sedang dinaiki air banjir.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki berkata, kejadian itu berlaku semasa pemerhatian dijalankan di sebuah rumah tanpa nombor oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.
Menurutnya, hasil pemerhatian, sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan masuk ke kawasan rumah berkenaan.
"Pasukan serbuan mendekati kereta itu dan mengarahkan pemandu (suspek) berhenti namun suspek bertindak agresif dan terus memandu laju ke arah pasukan serbuan sehingga hampir melanggar anggota polis.
"Polis kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar bagi tujuan keselamatan diri dan untuk menghalang kereta berkenaan. Namun, kereta itu terus memecut laju menghala ke Jalan Melulugus," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Katanya, pasukan serbuan kemudian mengejar kereta berkenaan sehingga di Jalan Melulugus berhampiran sebuah kolej dan kereta berkenaan terbabas di tepi jalan yang sedang dinaiki air banjir.
Tambahnya, kedua-dua suspek bertindak untuk melarikan diri namun berjaya diberkas.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta dinaiki suspek menemukan satu paket plastik lutsinar sederhana besar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah syabu seberat 6.11 gram di atas tempat duduk sebelah pemandu.
"Kedua-dua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut dan suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Eleanor Michelle Patrick
Wed May 11 2022

Dalam kejadian di Kampung Limbawang, Beaufort, kedua-dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu kemudian berjaya ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di tepi jalan yang sedang dinaiki air banjir.

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.

Dua pengedar dadah dicekup, kereta terbabas di kawasan banjir
Polis terpaksa bertindak melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang digunakan oleh dua pengedar dadah, selepas cubaan mereka untuk merempuh polis.