Dua pembawa dadah warga Malaysia beranggapan mereka boleh mengangkut 'barang' dengan selamat dari Bangkok ke Hatyai tanpa dikesan, jika mereka melakukan urusan itu pada awal pagi.
Dua suspek yang berusia 44 dan 46 tahun itu menyangkakan melakukan aktiviti haram mereka pada awal pagi (11 Dis) adalah paling selamat kerana mereka percaya polis Thailand kepenatan selepas bertugas pada waktu yang panjang pada sebelah malam, sehubungan itu tidak akan memeriksa kenderaan mereka.
"Mereka percaya memulakan perjalanan pada awal pagi, akan memudahkan mereka tiba ke destinasi, Hatyai kerana pihak berkuasa yang bertugas di pusat pemeriksaan (di laluan itu) akan kepenatan selepas bekerja dalam tempoh yang lama.
"Tetapi mereka menggelabah selepas kereta mereka diberhentikan di pusat pemeriksaan di Chumpon kira-kira 8 pagi 11 Dis, selepas memandu berjam-jam dari Bangkok, hingga disedari pihak berkuasa," kata Pemangku Ketua Bahagian Pencegahan Narkotik Mej Jen Dusadee Choosankij kepada Bernama.
Selepas pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu, pihak berkuasa menemukan 140 bar heroin seberat 52.4kg dan 41kg kristal methamphetamine yang bernilai jutaan dolar, yang disorok di bahagian belakang, petak pembesar suara kereta itu, katanya.
Kedua-dua warga Malaysia itu ditahan di Chumphon, selatan Thailand, iaitu beberapa jam sahaja untuk tiba ke destinasi mereka, Hatyai, kata Dusadee dan menambah suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya mereka akan didakwa dan jika didapati bersalah akan berdepan hukuman penjara seumur hidup.
Menurut Dusadee, kedua-dua suspek diarah membawa dadah itu kepada individu atau orang yang tidak dikenali di Hatyai, yang kemudian akan membawa bungkusan itu melepasi sempadan ke Pulau Pinang.
Beliau juga mendedahkan ketika ditahan, kedua-dua suspek masih lagi menerima panggilan telefon daripada anggota sindiket yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai dadah itu.
"Kami telah memeriksa nombor telefon mereka dan panggilan itu dibuat dari Pulau Pinang," katanya.
Dusadee berkata sebaik mengetahui suspek telah ditahan dan usaha mereka untuk membawa masuk dadah itu ke sempadan gagal, anggota sindiket telah menghantar gambar yang mengerikan kepada kedua-dua suspek.
"Mereka (anggota sindiket) menghantar gambar rakan suspek yang dipukul dan diseksa di Malaysia untuk menunjukkan kepada mereka inilah padahnya (dipukul) kerana gagal melaksanakan misi itu," katanya.
Beliau juga berkata dadah yang dirampas itu dibungkus dengan rapi dan kemungkinan besar ia akan dieksport semula ke sebuah negara ketiga selepas tiba di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2016

Dua suspek warga Malaysia yang berusia 44 dan 46 tahun ditahan di Chumphon, selatan Thailand kerana membawa dadah - Gambar Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dua pembawa dadah warga Malaysia ditahan di Thailand
Dua pembawa dadah warga Malaysia beranggapan mereka boleh mengangkut 'barang' dengan selamat dari Bangkok ke Hatyai tanpa dikesan, jika mereka melakukan urusan itu pada awal pagi.