BATU PAHAT: Dua pemandu maut selepas kereta yang dipandu bertembung dalam kemalangan di Kilometer 103 Jalan Johor Bahru-Melaka, berhampiran Tanjung Labuh, dekat sini lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu seorang wanita Chin Sio Mei, 43, dari arah Rengit menghala ke Batu Pahat bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dipandu oleh Mohammad Ariff Azeem Ahmad, 22, dari arah bertentangan yang masuk ke laluannya, pada kira-kira pukul 11.40 malam.
Beliau berkata kedua-dua pemandu yang berasal dari Batu Pahat itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk diambil keterangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit Pegawai Bomba Kanan II Zulhaizan Ishak dalam kenyataan berkata lapan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) bergegas ke lokasi sejurus selepas menerima panggilan kecemasan.
Katanya mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan menggunakan peralatan 'rescue tools' dan mangsa diserahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"PKO kemudiannya bertindak membersihkan kesan kemalangan dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dan air tangki pam jentera. Operasi ditamatkan pada pukul 12.49 tengah malam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024

Dua kereta Myvi bertembung menyebabkan kedua-dua pemandu maut dalam kemalangan di KM 103 Jalan Johor Bahru-Melaka (Tanjung Labuh) pada malam Jumaat. -Foto Polis Batu Pahat

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.

Dua pemandu maut selepas kereta bertembung di Batu Pahat
Kedua-dua pemandu yang berasal dari Batu Pahat itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua pemandu maut kereta bertembung
Pemandu Perodua Kancil dipercayai telah hilang kawalan dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Kenari.