TAWAU: Dua pelajar perempuan masing-masing berumur 13 dan 15 tahun nyaris maut apabila dirempuh kenderaan di Jalan Apas Parit, di sini pada Khamis.
Sebelum kejadian pada pukul 2.30 petang itu, kereta Toyota GL yang dipandu lelaki berumur 37 tahun itu dari arah bandar Tawau hendak menuju ke Batu 15 Jalan Apas Parit.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, apabila kenderaan tersebut tiba di selekoh tajam, brek kenderaan gagal berfungsi menyebabkan pemandu hilang kawalan dan kenderaan dipandu terbabas ke bahu jalan ke arah jalan bertentangan.
"Pada masa sama, kedua-dua mangsa sedang berjalan kaki di bahu jalan sebelah kanan lalu dirempuh dan diseret kenderaan tersebut hingga menjunam ke dalam parit menyebabkan kedua mangsa terperosok di bahagian bawah hadapan kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Orang awam yang berada di lokasi kejadian itu segera membantu mengeluarkan dan terus menghantar mangsa ke wad kecemasan Hospital Besar Tawau untuk mendapatkan rawatan.
"Akibat kejadian itu, mangsa Fatimah Chaw, pelajar tingkatan satu mengalami kecederaan patah paha kaki kanan dan terseliuh bahu sebelah kanan dan dilaporkan stabil, manakala mangsa kedua Ramadhani, pelajar tingkatan tiga mengalami kecederaan patah paha kaki kanan dan dilaporkan kritikal,” jelas beliau lagi.
Siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati pemandu tidak mempunyai lesen memandu dan merupakan pemegang pasport IMM13 serta turut membawa penumpang lelaki berumur 40 tahun yang duduk di bahagian hadapan kiri ketika kejadian.
Polis turut mengenal pasti kemalangan berpunca daripada sikap pemandu yang memandu laju sehingga hilang kawalan di kawasan selekoh menyebabkan dia terbabas ke bahu jalan bertentangan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Petrus Bernard
Fri Jul 16 2021

Brek kenderaan ini gagal berfungsi menyebabkan pemandu hilang kawalan dan kenderaan dipandu terbabas ke bahu jalan ke arah jalan bertentangan.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Polis ikut undang-undang tahan dua pelajar tak puas hati kertas soalan SPM
Polis Diraja Malaysia mengesahkan tindakan menahan dua pelajar yang tidak berpuas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah mengikut peruntukan undang-undang.

Dua pelajar cedera parah dilanggar dan diseret kereta terbabas
Brek kenderaan gagal berfungsi menyebabkan pemandu hilang kawalan dan kenderaan dipandu terbabas ke bahu jalan ke arah jalan bertentangan.

Dua pelajar UiTM sesat di Gunung Tumang Batak dijumpai selamat
Dua pelajar UiTM dipercayai sesat di Gunung Tumang Batak, apabila tidak dapat menemui jalan pulang berikutan keadaan gelap pada petang Jumaat.

Dua murid di Kudat cedera semasa duduki peperiksaan UPSR
Dua pelajar lelaki tahun enam, Sekolah Kebangsaan Panudahan dekat sini, cedera ringan selepas bumbung kelas mereka diterbangkan angin kencang ketika sedang menduduki peperiksaan ulangan Ujian Pencapa