Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua kes jangkitan dalam negara membabitkan pekerja restoran bukan warganegara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti yang tular di laman sosial sejak semalam.
Jelasnya menerusi kenyataan media pada Ahad, terdapat dua jangkitan dikesan melibatkan pekerja restoran terbabit selepas saringan rawak di tempat kerja dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah.
"Kedua-dua kes ini adalah merupakan saringan rawak di tempat kerja oleh Pejabat Kesihatan Daerah di mana ia telah melibatkan pekerja kedai makan. Telah tular di media sosial notis penutupan kedai makan tersebut dan menimbulkan sedikit keresahan dalam kalangan pelanggan.
"Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pengesanan kes secara aktif di mana siasatan lanjut dan persampelan akan diambil. Kedai makan tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman," katanya.
Semalam, pemilik rangkaian Restoran Ali Maju Sendirian Berhad, Datuk Jawahar Ali Taib Khan dalam satu kenyataan media berkata pihaknya akur dengan notis penutupan sementara yang dikenakan ke atas salah sebuah restoran miliknya.
Ia selepas tular di laman sosial mengenai notis penutupan salah sebuah cawangan restoran itu di Wisma Rampai di ibu negara pada sabtu.
Jelas Jawahar Ali, pengurusan restoran sentiasa peka dengan apa jua keadaan persekitaran dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 sejak melanda negara pada Mac lalu.
Fareez Azman
Sun Aug 16 2020

Notis penutupan salah sebuah restoran di Wisma Rampai tular di laman sosial. - Media sosial
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Dua pekerja restoran di Kuala Lumpur disahkan positif COVID-19 - Dr Noor Hisham
Dua jangkitan melibatkan pekerja restoran terbabit dikesan selepas saringan rawak di tempat kerja dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah.

Pemilik rangkaian Restoran Ali Maju akur notis penutupan sementara sebuah restorannya
Selepas tular di laman sosial mengenai notis penutupan salah sebuah cawnagan restoran Ali Maju di Wisma Rampai di ibu negara pada Sabtu.