Kira-kira 890 kes kematian dicatat akibat kemalangan dalam perjalanan pergi-balik ke tempat kerja pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Ia menunjukkan penurunan berbanding tahun 2017 yang mencatatkan 924 kes kematian sama, katanya.
"Ini bermakna setiap hari purata dua orang yang pergi kerja tidak pulang semula ke rumah akibat terlibat dalam kemalangan maut," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Geran Bantuan Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada institusi dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 2019 di sini, pada Rabu.
Bagaimanapun, kes kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja pada tahun lepas meningkat iaitu 35,195 berbanding 33,319 pada 2017 dengan kira-kira 74 peratus daripada kemalangan itu melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
"Oleh itu, kita berharap lebih banyak pihak bekerjasama dengan PERKESO melaksanakan program kesedaran kepada golongan pekerja, kita tidak kisah naikkan peruntukan bantuan kewangan asalkan program yang dijalankan memberi kesan positif dan boleh mengurangkan kes kemalangan pergi-balik kerja," katanya.
Mahfuz berkata, pada tahun ini PERKESO memperuntukkan Geran Bantuan Kewangan kepada 33 institusi dan NGO yang membuat permohonan melibatkan jumlah RM4,643,463.30.
Ia merangkumi 280 program seminar atau kursus, 225 program pencegahan kemalangan perjalanan, 87 khidmat runding cara, dua program penyelidikan dan pembangunan serta dua penerbitan video promosi.
Antara institusi dan NGO yang menerima peruntukan itu ialah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Mahfuz menambah aktiviti pencegahan pada tahun ini juga akan memberi tumpuan kepada pencegahan dalam kalangan golongan pekerja muda serta pekerja asing yang juga pencarum PERKESO mulai 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 13 2019
Kes kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja pada tahun lepas meningkat iaitu 35,195 berbanding 33,319 pada 2017. - Gambar hiasan
APM gerakkan 11,000 anggota hadapi Monsun Timur Laut
APM bersiap sedia dengan kekuatan 11,000 anggota di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.
AWANI Ringkas: CEO GISBH akui ada berlaku liwat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Global: 39 rumah amal GISB dalam radar polis - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau rapi 39 lagi rumah amal di seluruh negara dipercayai milik syarikat GISB Holdings (GISB).
Netflix tamatkan sokongan aplikasi untuk iOS 16
Lima peranti yang terkesan adalah iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPad Pro generasi pertama dan iPad generasi kelima yang tidak lagi menerima kemas kini baharu aplikasi Netflix.
Tiga warga AS antara 37 defendan yang dijatuhi hukuman mati
Tiga warga Amerika Syarikat adalah antara 37 defendan yang dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah tentera Congo kerana peranan mereka dalam rampasan kuasa yang gagal di Republik Demokratik Congo pada Mei lalu.
Kim Jong Un bincang dialog strategik dengan Rusia
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, bertemu pegawai keselamatan utama Rusia, Sergei Shoigu bagi membincangkan dialog strategik secara terperinci antara kedua-dua negara.
Pas tidak sesekali sertai Pakatan Harapan - Hadi Awang
Pas akan terus beristiqamah mengenali kalangan yang ikhlas menerima Islam adalah penyelesaian dan menolak kalangan yang telunjuknya lurus, tetapi kelengkengnya berkait.
Pas akan terus pujuk UMNO kembali bersama, tapi tanpa Zahid
Pas akan terus mengajak UMNO untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) tetapi dengan syarat tanpa disertai presiden parti itu, Zahid Hamidi.
Keahlian penuh PBB, tamat pendudukan Israel syarat penyelesaian dua negara - PM Palestin
Perdana Menteri Palestin berkata mencapai penyelesaian dua negara memerlukan penamatan pendudukan Israel dan keahlian penuh PBB terhadap Palestin.
Pembantu kedai makan rogol, samun nenek berusia 71 tahun direman 7 hari
Seorang pembantu kedai makan yang dipercayai merogol dan menyamun seorang nenek berusia 71 tahun di tangga berhampiran lif sebuah apartment di Cyberjaya, Sepang direman tujuh hari.
Penyanyi Reedzwann terlibat kemalangan, rakan maut
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.
Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan di Kelantan
Supt Mazlan berkata, mangsa yang berusia 48 dan 49 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, lebih kurang jam 4 petang.
Warga emas maut dilanggar, tercampak dalam gaung
Lelaki berusia 60 tahun maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi mangsa dikejarkan ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan.
Dua maut kemalangan empat kenderaan di Kota Tinggi
Menurut polis, MPV yang hilang kawalan telah melanggar motosikal sebelum penunggang dan penumpang belakang Xpander tercampak ke bahu jalan.
41,278 kemalangan berkaitan kerja dilaporkan setakat Jun - Sim
Sebanyak 41,278 kemalangan berkaitan kerja dilaporkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat Jun tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Wanita maut, nahas kereta, treler muatan sawit di Selama
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona berlanggar dengan sebuah lori treler jenis Hino yang membawa muatan sawit.
Kemalangan elak kera: 'Sempat ajar isteri dan ibu mengucap' - Pemandu
Mohd Fadzil Othman, 27, kehilangan isteri Siti Norhasliza Kamarudin, 26, dan ibunya Omi Kalsom Man, 69, dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau-Kuala Ketil, pada Sabtu.
Penunggang motosikal maut langgar tayar lori bergolek di lebuh raya
Seorang penunggang motosikal maut selepas langgar sebuah tayar lori yang bergolek dari arah bertentangan di kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara pada Rabu.
Sekurang-kurangnya 14 maut, 55 cedera nahas bas di Kenya
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 55 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Kenya, lapor Sputnik.