Dua maut, seorang cedera parah manakala empat lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok dalam satu kemalangan di Jalan Tun Abdul Rahman Yakub di sini malam tadi.
Mangsa yang menaiki kereta Proton Saga itu dikatakan baru selesai menjamu selera di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian dan sedang dalam perjalanan pulang sekitar pukul 11 malam.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, DSP Alexson Naga dua penumpang yang maut dikenal pasti sebagai Nizam Farizan Abdul Malik yang berusia sekitar 20an dan Dayang Persih Awang Latip yang berusia lingkungan 50an, manakala pemandu kereta Awang Marjuki Awang Latip, 29, cedera parah.
"Empat lagi penumpang iaitu Zulkepli Abdullah,19, Asmada Abdul Malik, 16, Nor Tasha Ayuni Abdul Malik, 15, dan Nor Fatin Abdul Malik, 21, turut mengalami kecederaan," ujarnya ketika dihubungi pagi ini.
Alexson menambah lagi mangsa yang cedera parah kini dirawat di zon merah manakala empat mangsa yang cedera dirawat di zon kuning Hospital Umum Sarawak.
Menurutnya lagi, kes akan disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Mon Oct 31 2016
Anggota Polis dan Bomba mengangkat mangsa kemalangan selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub malam tadi. - Foto Bernama
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Dua maut, seorang cedera parah kereta dinaiki langgar pokok di Kuching
Mangsa yang menaiki kereta Proton Saga itu dikatakan baru selesai menjamu selera di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian dan sedang dalam perjalanan pulang.