KUALA LUMPUR:Dua maut dalam kemalangan selepas kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan, dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Selayang berdekatan Bulatan Batu Caves, Gombak di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan menyatakan seorang penumpang berumur 25 tahun ditemui meninggal dunia, sementara pemandu berumur 29 tahun, tersepit di bahagian tempat duduknya dalam kejadian kira-kira 6.48 pagi itu.
“Bomba terdahulu menerima pemakluman kemalangan itu sebelum bergegas ke tempat kejadian. Setibanya disitu terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish yang terbabas melanggar penghadang jalan, dengan dua orang mangsa di dalamnya.
“Penumpang dalam kenderaan tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak bomba kemudiannya terpaksa memotong pintu kenderaan terbabit bagi tujuan mengeluarkan pemandunya yang tersepit.
“Mangsa berjaya dikeluarkan namun turut disahkan meninggal dunia. Kedua-dua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 08 2020

Sebuah MPV jenis Toyota Wish telah terbabas melanggar penghadang jalan, dengan dua orang mangsa di dalamnya. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

Kren tumbang MRR2: Netizen mengeluh terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang, Selangor hari ini menerima pelbagai reaksi pengguna jalan raya.

Buruh didakwa pandu dengan cuai menyebabkan 4 maut di MRR2
Masrufi Sain, 66, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999).

Jenazah empat maut dalam kemalangan di MRR2 dikebumikan
Jenazah empat maut dalam kemalangan di MRR2 dikebumikan di Kuala Terengganu.