Dua maut manakala enam cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 66 Jalan Kuantan-Segamat di sini, petang Ahad.
Dalam kemalangan kira-kira 3.30 petang itu, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal Abdul Jamil Abdul Rahman, 51, dari Lepar, Pekan dan penumpang belakang Proton Wira, Sahripah Bachok, 62.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata mereka yang cedera ialah pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax A Rajasaigaran, 59; pemandu Proton Wira Muhammad Shuaib Ismail, 26, dan isterinya Restyiena Sakinah Mee Chui, 25, serta bayi mereka Muhammad Khairul Thaqif Muhammad Shuaib, 11 bulan.
Dua lagi yang cedera ialah penumpang Proton Wira, pelajar Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir, Semenyih, Afif Haffaz Mohammad Wahiddin, 8, dan abangnya Aqyas Fawwaz Mohamad Wahiddin, 13, yang juga pelajar Sekolah Menengah Agama Kampung Laut, Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, pemandu Proton Saga Mohd Huzaidi Muhamad Alwi, 30, serta pemandu dan penumpang kereta Proton Iswara tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kemalangan berlaku apabila pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Segamat, bergesel dengan Proton Iswara datang dari arah bertentangan.
"Selepas pelanggaran tersebut, kenderaan pacuan empat roda berkenaan berpusing dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu terlanggar dengan Proton Wira dan motosikal dinaiki Abdul Jamil yang datang dari arah bertentangan.
"Proton Iswara berkenaan juga berpusing ke laluan bertentangan dan terlanggar Proton Saga dipandu Mohd Huzaidi," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Amran berkata kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan kecuali Muhammad Khairul Thaqif yang dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) berikutan kecederaan parah di bahagian kepala.
Katanya mayat mangsa juga dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 03 2019
Dua maut manakala enam cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 66 Jalan Kuantan-Segamat.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Gara-gara suka gigit wayar, anjing 'diheret' belakang trak pikap
Gambar sedutan rakaman video tindakan pemilik kenderaan pacuan empat roda menyeret seekor anjing di belakang kenderaan sepanjang perjalanan yang tular dalam media sosial sejak semalam.
Dua maut, enam cedera kemalangan libatkan lima kenderaan
Dua maut manakala enam cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 66 Jalan Kuantan-Segamat di sini, petang tadi.