Seorang lelaki berusia 26 tahun yang bersenjatakan pisau, mengamuk hingga menyebabkan dua orang terbunuh dan dua lagi cedera parah berhampiran stesen Putra LRT Gombak dan Taman Melati di sini hari ini.
Kejadian bermula pada kira-kira pukul 11.20 pagi apabila lelaki terbabit yang bekerja dengan sebuah syarikat rokok tiba-tiba mengamuk ketika menghantar rokok ke sebuah kedai berhampiran stesen LRT Gombak.
Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata lelaki itu menikam dua wanita, pemilik kedai berkenaan yang berusia 60 tahun dan pembantunya seorang warga Indonesia berusia 40 tahun, menyebabkan kedua-dua mereka cedera parah.
Suspek kemudian meninggalkan tempat itu dengan vannya dan menuju ke Stesen Putra LRT Taman Melati, kira-kira tiga kilometer dari situ, apabila dia melanggar sebuah van lain sebelum menikam pemandunya Lee Kah Ghee, 40, dari Taman Segambut Indah, beberapa kali di bahagian dada. Lee meninggal dunia di tempat kejadian.
Suspek, yang disyaki polis mengalami masalah mental, kemudian terus mengamuk dengan menikam hingga mati seorang pelajar lelaki berusia 25 tahun, yang cuba melarikan diri selepas keretanya dilanggar van yang dipandu lelaki berkenaan.
Menyedari lelaki itu bersenjatakan pisau, pelajar berkenaan segera keluar dari keretanya untuk melarikan diri, tetapi suspek menghalangnya dan menikamnya beberapa kali di Jalan Tumbuhan, hingga mati, kata Khairy.
Menurut beliau, orang ramai dapat memberkas lelaki terbabit, yang berasal dari Felda Pemanis, Segamat, Johor, serta merampas sebilah pisau daripadanya sebelum menghubungi polis.
Khairy berkata dua wanita yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan, manakala mayat dua lagi mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Bernama
Thu Oct 24 2013
Lagu 'Malaysia Truly Asia' sentuhan Ahmad Nawab dapat perhatian dunia - Khatijah Ibrahim
Menurut Datuk Khatijah Ibrahim ketika diminta menyampaikan lagu "NAM Shall Lead The Way" (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali - NAM XIII) ciptaan arwah Tan Sri Ahmad Nawab ia merupakan anugerah tidak terhingga buat dirinya.
Nelayan lemas ketika cari ketam dan umpun-umpun
Seorang nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mencari ketam dan umpun-umpun di Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang, Klang semalam.
"Paling mustahak pada beliau adalah waktu" - Khatijah Ibrahim
Datuk Khatijah Ibrahim ketika mengenang Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab memberitahu arwah sangat mementingkan disiplin dan ketepatan waktu.
AWANI Borneo [24/11/2024] – Perolehan Projek SMM | Industri Getah | Cabar Kuasa Raja
Tumpuan AWANI Borneo 24 Nov 2024 bersama Assim Hassan
- Kenyataan Hajiji berkaitan gangster di DUN Sabah tidak wajar - Shafie
- RM14,000 setiap hektar tanah getah disediakan buat pekebun kecil di Sabah & Sarawak
- Presiden FABD, Feisal Eusoff Patail dipecat Sultan Brunei
- Kenyataan Hajiji berkaitan gangster di DUN Sabah tidak wajar - Shafie
- RM14,000 setiap hektar tanah getah disediakan buat pekebun kecil di Sabah & Sarawak
- Presiden FABD, Feisal Eusoff Patail dipecat Sultan Brunei
Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
[TERKINI] Tiada lantikan Ketua Jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang tidak menyambung kontraknya berakhir hujung bulan ini.
JKNS komited perkasa Akta Kawalan Produk Merokok
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) terus komited dalam usaha memperkasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) di negeri itu.
RM14,000 setiap hektar disediakan buat pekebun kecil di Sabah & Sarawak
Kerajaan menyediakan bantuan RM14,000 bagi setiap hektar tanah pekebun kecil yang mengusahakan program penanaman semula pokok getah di wilayah Borneo.
Penjenayah samun ditembak mati di ibu negara
Seorang penjenayah mati ditembak dan seorang lagi cedera parah manakala seorang lagi yang membawa hasil samun berjaya meloloskan diri sebaik menyamun satu keluarga di Persiaran Syed Putra.
Dua maut, dua cedera dalam kejadian mengamuk
Seorang lelaki berusia 26 tahun yang bersenjatakan pisau, mengamuk hingga menyebabkan dua orang terbunuh dan dua lagi cedera parah berhampiran stesen Putra LRT Gombak dan Taman Melati.