Dua wanita mangsa sindiket dadah antarabangsa dijangka tiba di Malaysia pada 26 Mac ini, hasil usaha dilaksanakan Biro Kebajikan Umno Malaysia (Bikum) sejak setahun lalu.
Pengerusi Bikum, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Noor Azimah Sapie, 37, dan Noor Suzana Azmi, 35, turut akan dibawa pulang bersama anak-anak mereka.
Menurutnya, segala urusan berkaitan dokumentasi dan perundangan termasuk bayaran denda kedua-dua kes wanita itu telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama Bahagian Kaunselor Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan Kedutaan Malaysia di Peru.
"Empat wakil Bikum diketuai Setiausaha Operasi, Mohd Shobli Jamil Kamarulzaman Ahmad, akan ke Peru esok (20 Mac) untuk urusan membawa pulang Noor Azimah serta seorang anak, dan Noor Suzana serta dua anak kesemuanya berjumlah enam orang.
"Mereka dijadualkan tiba pada 26 Mac ini jam 2.50 petang di KLIA," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Shamsul Anuar berkata, Bikum membelanjakan kos keseluruhan berjumlah lebih RM200,000 untuk urusan membawa pulang kesemua mereka.
Menurutnya, ia termasuk kos lebih RM28,000 untuk membayar denda Azimah dan Suzana kerana tinggal lebih waktu di Peru.
"Azimah menjadi mangsa penganiyaan keluarga sendiri namun tidak ditahan. Dia menjadi gelandangan dan tinggal di Peru tanpa dokumen sah sejak 2008. Suzana pula menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan dipenjarakan selama lima tahun. Setelah bebas dia tinggal di Peru lebih tujuh tahun dan berkahwin dan mempunyai dua anak," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mengatur kempen kesedaran melibatkan perkongsian secara langsung oleh dua wanita terbabit sebaik berada di tanah air kelak.
"Program sebegini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat, khususnya kumpulan sasar di pelbagai peringkat apatah lagi sindiket sedemikian kian berleluasa," katanya.
Sinar Harian
Mon Mar 19 2018
Shamsul Anuar Nasarah memberitahu, wakil Bikum akan ke Peru 20 Mac ini untuk membawa pulang dua wanita bersama keluarga mereka yang menjadi mangsa sindeket dadah antarabangsa.-gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?