Dua daripada lapan remaja yang cedera ketika berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam di sini dua hari lepas dijangka dibenarkan keluar dari wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) petang ini.
Pengarah HSA, Dr Aman Rabu berkata mereka ialah Muhamad Farhan Che Mat, 16, dan Muhammad Zulfadli Yusri, 19, yang kedua-duanya patah kaki kanan.
"Mereka dibenarkan pulang dengan kebenaran doktor. Bagaimanapun pihak hospital akan terus memberi rawatan susulan kepada mereka," katanya kepada pemberita.
Beliau mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff yang menyampaikan sumbangan kepada keluarga remaja yang maut dalam kemalangan terbabit dan melawat mangsa yang cedera di Wad Barat 2.
Katanya selain Muhamad Farhan dan Muhammad Zulfadli, mereka yang masih berada di wad ialah Muhammad Fitri Muhammad Fatoni, 17, Abdul Samad Abdul Kadir, 16, Muhammad Arif Salman, 15, dan Muhammad Arasshat Abdullah, 14.
Dr Aman berkata dua mangsa yang masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, dan Muhd Nazri Mahmudi, 13.
"Daripada keseluruhan enam mangsa yang ditempatkan di wad, empat daripadanya telah menjalani pembedahan manakala dua lagi akan dibedah dalam masa terdekat. Dua yang kritikal di ICU pula masih dalam rawatan doktor," katanya.
Kemalangan menimpa para remaja terbabit berlaku pada pukul 3 pagi yang menyebabkan lapan daripada mereka maut manakala lapan lagi cedera setelah basikal mereka dilapor dirempuh sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh dilapor sebagai berkata mereka merupakan antara 20 hingga 30 remaja yang dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitarnya sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.
Katanya pemandu tersebut yang dari arah Taman Pelangi dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017

Salah seorang remaja yang cedera dalam kemalangan sewaktu berbasikal menerima rawatan di HSA. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

HSA siasat dakwaan pesakit hilang barang kemas semasa rawatan di JKT
Pengurusan HSA sedang menjalankan siasatan lanjut susulan dakwaan seorang pesakit kehilangan barang kemas semasa menerima rawatan di JKT.

Juruteknologi makmal didakwa 25 pertuduhan terima rasuah
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas 25 pertuduhan menerima suapan sebanyak RM16,150, antara 2019 hingga tahun lalu.

Laporan pertukaran pakar patologi di HSAJB tidak tepat - KKM
KKM berkata, tiada perpindahan keluar pegawai perubatan pakar patologi seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Saman kecuaian babit pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan
Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek pembinaan fasa pertama di dalam Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.

Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA
Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.

Suami isteri cedera akibat letupan gas memasak
Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Skim Perubatan MADANI bantu kurangkan kesesakan di HSA, HSI - Exco Johor
Ia turut memberi kelegaan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di 33 GP di Johor Bahru.

Kerajaan peruntuk RM140 juta naik taraf HSA
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM140 juta bagi menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.

COVID-19: 21 kes positif babitkan petugas kesihatan di HSA Johor
Seramai 21 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikesan positif COVID-19 membabitkan Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan di sini sejak semalam.