PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) memohon untuk mencelah dalam rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak penggunaan kalimah "Allah" oleh wanita beragama Kristian dari Sarawak bagi tujuan pendidikan agamanya.
Peguam Annou Xavier, yang mewakili Jill Ireland Lawrence Bill, semasa dihubungi memberitahu Bernama bahawa MAIWP dan MAIJ telah memfailkan permohonan itu.
Pengurusan kes rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan itu diadakan secara dalam talian pada Selasa.
Xavier berkata mahkamah menetapkan 12 Julai untuk pengurusan kes berikutnya bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara memfailkan rekod rayuan dan juga bagi pihak-pihak berkenaan memfailkan afidavit masing-masing bagi permohonan pencelah.
Peguam MAIWP Fakhrul Azwan Abu Hasan, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah memfailkan permohonan tersebut.
Permohonan MAIWP ini merupakan usaha keduanya untuk mencelah dalam kes Jill Ireland. Sebelum ini, MAIWP memfailkan permohonan mencelah di Mahkamah Tinggi tetapi hanya dibenarkan bertindak sebagai amicus curiae (rakan mahkamah) untuk membantu mahkamah.
Pada 10 Mac lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah "Allah" dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Jill Ireland dan tiga perintah termasuk perisytiharan bahawa wanita suku kaum Melanau itu mempunyai hak perlembagaan di bawah Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan untuk mengimport penerbitan semasa menjalankannya hak untuk mengamalkan agamanya dan hak untuk mendapat pendidikan.
Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata arahan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah and solat oleh bukan Islam adalah menyalahi undang-undang dan tidak berpelembagaan.
KDN dan kerajaan memfailkan rayuan pada 15 Mac terhadap keputusan itu.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
![Dua Majlis Agama Islam mohon mencelah dalam rayuan kes kalimah 'Allah' Dua Majlis Agama Islam mohon mencelah dalam rayuan kes kalimah 'Allah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616160966_TBMCAPahang.jpg)
Pengurusan kes rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan itu diadakan secara dalam talian pada Selasa. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf MAIWP Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf MAIWP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf MAIWP
MAIWP akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas sebanyak RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut Aidiladha.
![MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714905865_TBMohdNaim.jpg)
MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan
MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga.
![Program Rahmah Ramadan MAIWP bantu asnaf buat persiapan raya Program Rahmah Ramadan MAIWP bantu asnaf buat persiapan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711783524_tbMajlisRahmahRama.jpg)
Program Rahmah Ramadan MAIWP bantu asnaf buat persiapan raya
MAIWP memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
![Syed Kamarulzaman dilantik Pengerusi MAIWP baharu Syed Kamarulzaman dilantik Pengerusi MAIWP baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708013577_SyedKamarulzaman.jpg)
Syed Kamarulzaman dilantik Pengerusi MAIWP baharu
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkuat kuasa Khamis.
![Mohd Na'im mahu MAIWP adakan bengkel etika dan pengurusan kaunter secara berkala Mohd Na'im mahu MAIWP adakan bengkel etika dan pengurusan kaunter secara berkala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699339093_TBSPH.jpg)
Mohd Na'im mahu MAIWP adakan bengkel etika dan pengurusan kaunter secara berkala
Mohd Na'im berkata perkhidmatan kaunter yang cekap dan penuh beradab akan memberikan gambaran positif terhadap imej jabatan.
![Agong berkenan terima zakat perniagaan lebih RM65 juta Agong berkenan terima zakat perniagaan lebih RM65 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699939801_YangdiPertuanAgon.jpg)
Agong berkenan terima zakat perniagaan lebih RM65 juta
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM65 juta bagi pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
![Agropreneur Fertigasi Cili: MAIWP jalin kerjasama strategik ubah status asnaf Agropreneur Fertigasi Cili: MAIWP jalin kerjasama strategik ubah status asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697880560_fertigasicilimaiw.jpg)
Agropreneur Fertigasi Cili: MAIWP jalin kerjasama strategik ubah status asnaf
Mohd Na'im berkata, ini susulan kejayaan program pembangunan usahawan asnaf MAIWP melalui Agropreneur Fertigasi Cili bersama syarikat GrasiCili sejak November 2021.
![MAIWP peruntuk RM60.1 juta untuk asnaf di Labuan tahun ini MAIWP peruntuk RM60.1 juta untuk asnaf di Labuan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697368564_MohdNaimMokhtar.jpg)
MAIWP peruntuk RM60.1 juta untuk asnaf di Labuan tahun ini
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM60.1 juta bagi pelbagai program untuk membantu golongan miskin dan memerlukan atau asnaf di Labuan tahun ini.
![MAIWP salur sumbangan RM1 juta bagi misi bantuan banjir di Johor MAIWP salur sumbangan RM1 juta bagi misi bantuan banjir di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676039262_MAIWP.jpg)
MAIWP salur sumbangan RM1 juta bagi misi bantuan banjir di Johor
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1 juta sebagai sumbangan misi bantuan banjir di Johor.
![Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674979902_walimatulurusperda.jpg)
Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.