JOHOR BAHRU: Dua lelaki termasuk seorang warga emas cedera dalam kejadian dipercayai berpunca daripada letupan tabung gas asli untuk kenderaan (NGV) pada lori, di sebuah stesen minyak di Jalan Langkasuka, kawasan perindustrian Dato Onn di sini, tengah hari tadi.
Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Suleiman berkata kejadian berlaku semasa pemandu lori berusia 64 tahun yang membawa muatan makanan laut itu sedang mengisi gas berkenaan ke dalam tabung NGV lori, apabila ia tiba-tiba meletup.
Beliau berkata 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 12.05 tengah hari, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.30 tengah hari.
Katanya pemandu lori itu mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan, manakala seorang pekerja di stesen minyak berkenaan yang berumur 57 tahun, cedera di kaki kanan akibat terkena serpihan letupan, dan kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Kesan letupan itu turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah teksi dan bangunan stesen minyak itu serta bangunan sebuah hostel berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Dua lelaki termasuk seorang warga emas cedera dalam kejadian dipercayai berpunca daripada letupan tabung gas asli untuk kenderaan (NGV) pada lori. - Foto Sinar Harian

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.
META akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Ujian Community Notes di platform META akan dimulakan untuk menggantikan program pemeriksaan fakta pihak ketiga.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.

Dua lelaki termasuk warga emas cedera selepas tabung NGV meletup
Dua lelaki termasuk seorang warga emas cedera dalam kejadian dipercayai berpunca daripada letupan tabung gas asli untuk kenderaan (NGV).