Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata dan menyebabkan kematian rakan sekerja salah seorang
tertuduh empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman itu terhadap dua lelaki iaitu Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 29, dan Cheah Cheong Tatt, 27, setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh terhadap kesalahan tersebut.
Katanya mahkamah mendapati pihak pembelaan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan Mohd Hafizuddin yang merupakan bekas pekerja syarikat keselamatan didakwa melakukan kesalahan merompak wang tunai berjumlah lebih RM1.2 juta milik syarikat Safeguards G4S Sdn Bhd.
Tertuduh juga telah melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian rakan sekerjanya Hasnul Hafis Saad, 28.
Manakala Cheong Tatt pula didakwa kerana bertindak sebagai rakan sejenayah kepada Mohd Hafizuddin.
Kesalahan tersebut dilakukan di hadapan Supermarket Giant, Jalan Tekkah, Aulong, di antara 2 hingga 3.25 petang pada 18 September 2012.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz Abd Razak manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Ang Chun Pun.
Kedua-dua mereka kelihatan tenang ketika keputusan perbicaraan dibacakan di hadapan mereka.
Mengikut laporan akhbar pada 18 September 2012, mangsa Hasnul Hafis bertugas bersama suspek Mohd Hafizuddin dalam perjalanan pulang dengan sebuah van keselamatan ke syarikat tempat mereka bekerja, Safeguard Securicor di Kampung Boyan selepas mengambil wang mesin deposit di beberapa bank di sini.
Mangsa Hasnul Hafis ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan empat kesan tembakan di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri dalam kejadian berkenaan.
Mohd Hafizuddin dikatakan telah melarikan enam beg berisi wang tunai berjumlah RM 1.2 juta selepas menembak mangsa.
Astro Awani
Thu Dec 29 2016
![Dua lelaki terlibat rompakan bersenjata, bunuh dihukum gantung Dua lelaki terlibat rompakan bersenjata, bunuh dihukum gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435065387_COURTGAVEL.jpg)
Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Taiping selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713362164_tbpemandujengkaut.jpg)
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
![Edar dadah, bapa anak satu dipenjara seumur hidup, 15 sebatan Edar dadah, bapa anak satu dipenjara seumur hidup, 15 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697613164_Edardadah.jpg)
Edar dadah, bapa anak satu dipenjara seumur hidup, 15 sebatan
Lelaki terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat 495.2 gram, tiga tahun lalu.
![Dakwa bunuh, nasib dua beradik, tiga rakan diketahui 22 Mac Dakwa bunuh, nasib dua beradik, tiga rakan diketahui 22 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676523531_Dakwabunuh.jpg)
Dakwa bunuh, nasib dua beradik, tiga rakan diketahui 22 Mac
Peguam memohon keputusan penghakiman ditangguhkan bagi membolehkan pihaknya mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
![Pemungut besi buruk dihukum gantung sampai mati Pemungut besi buruk dihukum gantung sampai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674792479_MAHKAMAHPEMUNGUTB.jpg)
Pemungut besi buruk dihukum gantung sampai mati
Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati R Saravanan bersalah membunuh pengawal keselamatan, K Gobi Nathan pada lapan tahun lalu.
![Edar methamphetamine lebih 100 gram, pekerja kontrak ke tali gantung Edar methamphetamine lebih 100 gram, pekerja kontrak ke tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653995100_TBCourtHammer.jpg)
Edar methamphetamine lebih 100 gram, pekerja kontrak ke tali gantung
Hukuman ke atas Loo Yong Heng, 44, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
![Hukuman gantung Nagaenthran: MIC gesa Presiden Singapura beri pengampunan Hukuman gantung Nagaenthran: MIC gesa Presiden Singapura beri pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636714970_Petition.jpg)
Hukuman gantung Nagaenthran: MIC gesa Presiden Singapura beri pengampunan
Hari ini kira-kira 200 briged Pemuda MIC berhimpun di hadapan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak menyerahkan memorandum.
![Peguam bersolidariti jadi 'geng botak' persis Yasin Peguam bersolidariti jadi 'geng botak' persis Yasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649753931_yusmadiyusoff.jpg)
Peguam bersolidariti jadi 'geng botak' persis Yasin
Peguam Yasin Sulaiman, Yusmadi Yusoff mencukur rambut sebagai tanda solidariti kepada bekas penyanyi nasyid itu.
![Lelaki warga asing dihukum gantung sampai mati Lelaki warga asing dihukum gantung sampai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642047380_TAWAU.jpg)
Lelaki warga asing dihukum gantung sampai mati
Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis methamphetamine tiga tahun lalu.
![Edar lebih 70 kg dadah, dua ahli perniagaan di Tawau ke tali gantung Edar lebih 70 kg dadah, dua ahli perniagaan di Tawau ke tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637928177_Syabu.jpg)
Edar lebih 70 kg dadah, dua ahli perniagaan di Tawau ke tali gantung
Hakim menjatuhkan hukuman ke atas Tan Teng Siong dan Tay Thong Keng selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
![Edar dadah, 2 sahabat dihukum gantung sampai mati Edar dadah, 2 sahabat dihukum gantung sampai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635247004_sahabat.jpg)
Edar dadah, 2 sahabat dihukum gantung sampai mati
Dua lelaki yang merupakan sahabat karib dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar 327.1 gram Methamphetamine di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini.