AMPANG: Seramai dua lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun seorang pekerja buruh warga asing di Taman Permata di sini 31 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua lelaki berusia 55 dan 35 tahun itu ditahan secara berasingan di Pandan Indah dan Taman Muda pada Ahad.
"Semakan rekod lampau ke atas kedua-dua suspek mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai 14 rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod lampau," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohamad Farouk berkata, dalam kejadian pada jam 1.20 petang itu, mangsa berusia 39 tahun mendakwa dia didatangi seorang lelaki ketika sedang melakukan kerja ubah suai rumah di Taman Permata di sini.
"Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan menyatakan menjaga kawasan berkenaan," katanya.
Menurutnya, suspek telah meminta sejumlah wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa.
"Mangsa telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM100 dan telefon bimbit kepada suspek," katanya.
Tambah beliau, kedua-dua suspek telah direman lima hari bermula Ahad hingga Khamis bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 02 2022

Dua lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun seorang pekerja buruh warga asing di Taman Permata di sini 31 Disember lalu.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Remaja antara 3 individu diberkas larikan mesin ATM emas
Operasi dijalankan bermula 26 November lalu sehingga Sabtu berjaya memberkas tiga individu dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.

Paip pecah, 15 kawasan di KL akan alami gangguan bekalan air
Sebanyak 15 kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama di sini hari ini..

Dua lelaki menyamar anggota polis samun warga asing diberkas
Dua lelaki berusia 55 dan 35 tahun itu ditahan secara berasingan di Pandan Indah dan Taman Muda pada Ahad.

Penduduk Taman Permata tidak selesa duduk dalam khemah
Penduduk di pangsapuri Taman Permata, Dengkil mendesak agar mereka ditempatkan ke kawasan perumahan baru.