IPOH: Dua lelaki maut setelah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, di sini, awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kedua-dua mangsa itu didapati tersepit dan disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital.
Laporan awal pihak bomba mendapati, difahamkan mangsa yang maut dikenali sebagai R. Dhaarnish, 29 tahun, dan seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.19 pagi, sebelum anggota dari BBP Meru Raya digerakkan ke lokasi.
"Terdapat sebuah kereta jenis Honda Accord telah terbabas ke dalam parit dekat dengan BBP Meru Raya.
"Kedua-dua mangsa disahkan maut oleh petugas perubatan dan mangsa akan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan susulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Kosaidi Mohd Saad.
Aida Aziz
Sat Jan 07 2023

Sebuah Honda Accord terbabas ke dalam parit berhampiran BBP Meru Raya, di Ipoh, awal pagi ini, mengorbankan dua nyawa. - Foto JBPM Perak
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Seorang maut, lima lagi cedera kereta masuk parit
Kemalangan dipercayai melibatkan sebuah Proton Wira yang dinaiki semua mangsa dan sebuah Honda Civic yang terbabas ke dalam parit.

Dua lelaki maut, kereta terbabas dalam parit di Meru Raya
Kedua-dua mangsa didapati tersepit dan disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital.

Lelaki maut, kereta terbabas dalam parit
Seorang pemandu lelaki maut setelah kenderaan yang dinaikinya terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Siakap, Taman Serai Jaya, petang tadi.