LUMUT: Dua lelaki warga Filipina dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu.
Majistret A Hafiizh Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu ke atas Sulaiman Janalun, 36, dan Mizwan Zakaria, 26, yang bermula dari tarikh mereka ditangkap, pada Jumaat lepas.
Kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan klinik Mediclinic Sinaran, Taman Sentosa, Sitiawan di sini, kira-kira 12.30 tengah hari, 21 Jan lepas.
Mereka ditahan dalam Ops Jala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya di klinik berkenaan ketika ingin melakukan Rapid Test Kit (RTK) antigen dan PCR sebelum diterima bekerja di kilang di kawasan berhampiran.
Mengikut pertuduhan, Sulaiman didakwa tanpa kuasa yang sah menggunakan kad pengenalan palsu atas nama 'Mohamad Ridwan Bin Duraman' sebagai pengenalan diri manakala Mizwan menggunakan kad pengenalan atas nama 'Al Adzmi Bin Seid'.
Pertuduhan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum di bawah Peraturan-Peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Zulkifli Idris manakala Sulaiman dan Mizwan tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Sulaiman merayu hukuman ringan atas alasan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak manakala Mizwan memohon maaf atas kesalahan dilakukan dan meminta supaya dibenarkan pulang ke negara asal secepat mungkin.
Zulkifli bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap mereka kerana kesalahan dilakukan amat berat, berkaitan kepentingan awam dan keselamatan negara selain untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.
Mereka masing-masing datang dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk bekerja sebagai jurukimpal yang diuruskan ejen pekerjaan.
Semakan pihak berkuasa mendapati dua lelaki berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri dan mengaku membeli kad pengenalan palsu tersebut di Sabah pada harga RM350 dan RM500.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Semakan pihak berkuasa mendapati dua lelaki berkenaan mengaku membeli kad pengenalan palsu tersebut di Sabah dengan harga RM350 dan RM500. - Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Dua lelaki Filipina dipenjara enam bulan guna kad pengenalan palsu
Mereka ditahan dalam Ops Jala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya ketika ingin melakukan Rapid Test Kit (RTK) antigen dan PCR.