SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dengan sindiket curi kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang berlaku di sini awal bulan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Muhammad Izzudin Runggai berkata, dalam serbuan pada Selasa lalu jam 11.30 malam sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Negeri Sembilan telah berjaya menahan dua lelaki berumur 47 dan 56 tahun, di Taman Perumahan kawasan Asahan, Melaka.
"Dalam serbuan itu pihak polis telah menjumpai sebuah kenderaan dan pelbagai jenis peralatan yang digunakan oleh suspek untuk mencuri kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux seperti empat unit ECU Toyota Hilux yang telah diubah suai, mesin 'grinder', mesin 'cordless', pemotong wayar dan pelbagai peralatan lain.
"Kenderaan yang dicuri kebiasaannya untuk pasaran luar negara. Setakat ini kedua-dua suspek masih ditahan reman mulai Rabu sehingga Jumaat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata, dengan tertangkapnya kedua-dua suspek terbabit, pihak polis Negeri Sembilan berjaya menyelesaikan dua kes curi Hilux yang berlaku di negeri ini pada awal bulan ini.
"Kami tidak menolak kemungkinan kumpulan ini juga bergiat aktif melakukan kecurian di negeri-negeri yang lain, bagaimana pun siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
"Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun atau dikenakan hukuman denda jika sabit kesalahan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 16 2021
Antara peralatan yang turut dirampas dalam serbuan tersebut. - Foto ihsan Polis Negeri Sembilan
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.
Sindiket tawar kad pemastautin tetap palsu tumpas
Seramai 13 individu ditahan terdiri daripada enam warga tempatan dan tujuh warga asing berusia antara 27 hingga 44 tahun.
Pengurus syarikat rugi lebih RM500,000 terperdaya sindiket pelaburan saham
Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.
Polis tumpaskan sindiket edar ganja, tahan tiga termasuk seorang wanita
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran ganja selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita serta merampas hampir 26 kilogram (kg) dadah bernilai RM79,680.
Sindiket jual sijil cuti sakit palsu tumpas, enam individu ditahan
Polis tumpas sindiket yang dipercayai menjual sijil cuti sakit palsu susulan penahanan enam individu dalam tangkapan berasingan.
707 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara diselamatkan
Sejumlah 707 mangsa warganegara Malaysia yang terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dan dihantar pulang ke tanah air setakat semalam.
PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN
Polis akan sentiasa bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Empat Ah Long ditahan, terlibat simbah cat, khianat di enam negeri
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket Ah Long yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri.
EAIC tubuh pasukan petugas khas siasat sindiket visa perubatan warga asing
EAIC menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat isu salah laku berhubung sindiket visa perubatan yang dikeluarkan kepada warga asing daripada beberapa negara.